26 June 2012

Bateri motor Sop "kong" di Putrajaya

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu :)

Hari ini hari yang sangat memenatkan Sop dalam sejarah tamadun Melayu [merapu] kerana motosikal Sop meragam di semasa hendak balik dari Putrajaya. Pagi tadi, motosikal dalam keadaan yang baik dan tiada tanda-tanda hendak semput, lelah dan asma. Selesai tugasan pada sebelah petang, tiba-tiba motosikal tidak hidup! Ahhh sudah! Semput lah pulak! Mula-mula motosikal yang semput, kemudian Sop pula yang semput kerana penat menolak untuk cuba hidupkan secara manual!

Sop kemudian menghubungi rakan untuk bantu mendapatkan "jumper" untuk cuba salurkan kuasa elektrik dari bateri kereta. Malangnya usaha tidak berjaya! Motosikal masih juga semput!

Dengan bantuan rakan, Sop bawa bateri ke bengkel motosikal untuk periksa keadaan bateri. Semasa periksa, bateri sangat lemah. Pomen cuba untuk memasukkan kuasa bateri tetapi keadaan sangat kritikal. Tiada respon langsung walaupun cuba diberikan bantuan pernafasan mulutke mulut (cas bateri). Sop andainya bateri tersebut telah "kong" sepenuhnya dan pomen setuju dengan pendapat Sop tersebut. Kenyataan ini disokong dengan keadaan semasa "jumper" dari kereta tidak berjaya dan semasa cuba masukkan cas bateri.

Malangnya bengkel motosikal tersebut tiada stok bateri motosika Sop. Jika hendak, perlu buat pesanan dan dapatkan esok. Jika seperti itu, baik Sop beli dari Kuala Lumpur dan bawa sahaja esok!

Oleh kerana tiada pilihan, Sop terpaksa balik ke rumah menggunakan ERL Transit. Rakan Sop membantu hantar Sop ke stesyen ERL tersebut. Sampai ke KL Sentral, sambung naik train LRT pula ke Wangsa Maju. Pening kepala naik train banyak-banyak! Sop jenis yang tidak suka naik train! Dengan berbekalkan helmet dan jeket ke train, Sop memandu laju ke Kuala Lumpur (Hehehehe)

Hari yang sangat memenatkan hari ini! Perut pun sudah lapar apabila sampai di Wangsa Maju jam 9.00 malam. Sebelum balik, singgah dahulu ke kedai motosikal untuk mendapatkan bateri. Esok jika hendak tunggu bengkel buka, mahu jam 10.00 atau 11.00 pagi baru buka. Sedangkan esok masih ada tugasan di Putrajaya dan boleh bawa bateri sekali.

Nasib baik bengkel masih buka. Sebenarnya sudah tutup secara official :) Pomen telah membantu mendapatkan bateri di stor. Mulanya beliau maklum yang bateri tiada di bawah dan stor telah tutup tetapi bisnes punya pasal, sanggup beliau buka stor. Bateri pun bukan murah, jika bateri AA mungkin dia tidak lalu hendak buka kembali stor beliau :) Metang-metang gaji hari ini, ada sahaja motosikal Sop menge'pow' tuan dia! Kureng asam jawa betul!

Bila motosikal sudah lama, inilah jadinya. Maca kita juga, bila telah berumur pasti sana sakit, situ sakit bukan? Oleh itu, jagalah kesihatan anda, kekalkan gaya hidup yang sihat! [aduhai.. merapu lagik]

Malam ini, agak penat semasa menulis blog. Ingat hendak tulis semasa dalam ERL blog tetapi bateri telepun pula tenat!

Terima kasih kerana membaca entry ini. Tiada gambar untuk entry ini kerana Sop agak malas.. I'm sorry [gaya Amir Raja Lawak] Huhuhuhu


EmoticonEmoticon