Baby Auni selesa berada dalam baby car sit

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu :)

Baby car sit adalah diperlukan oleh ibubapa jika ingin menghantar anak ke pengasuh jika tiada orang dewasa untuk memegang bayi.

Sekarang ini, terdapat pelbagai jenis baby car sit dipasaran dengan tawaran harga mengikut kemampuan, design, citarasa dan sebagainya. Namun yang paling penting ialah keselamatan. Adalah bahaya jika meletak bayi di atas tempat duduk begitu sahaja.

Sop hanya beli baby car sit biasa sahaja yang mana sesuai untuk 0 - 9 bulan. Ini kerana pada sebelah pagi Mrs Sop akan bawa kereta untuk bawa Baby Auni ke rumah nenek Baby Auni, manakala Sop pula akan bawa motosikal untuk menghantar Azfar dan Azwar ke sekolah.

Jika dulu, Azfar dan Azwar agak susah untuk berada dalam baby car sit. Duduk sekejab lepas itu mula hendak keluar. Semasa Azfar dan Azwar bayi, mereka perlu guna baby car sit salah seorang. Jika pegang Azfar, Azwar kena duduk dalam baby car sit dan sebaliknya. Masa hantar Azwar dan Azwar tiada masalah sebab berada dekat dengan rumah mertua Sop. Turun blok naik blok sahaja :)

Setakat ini, Baby Auni tiada masalah untuk berada dalam baby car sit. Boleh duduk diam dan boleh tidur dengan selesa. Ada masanya jika keluar, Baby Auni tidur, terus angkat sahaja baby car sit tersebut. Sangat membantu proses kehidupan Sop :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.






Previous
Next Post »