23 June 2012

Baby Auni rambut pacak :)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rambut pacak stylo untuk jejaka kacak sehingga menjadi ikutan remaja-remaja sekarang. Ada yang sanggup berada depan cermin berjam-jam untuk memastikan rambut terpacak seperti ultraman :)

Azfar dan Azwar kadang-kadang buat rambut ultramen juga jika rambut panjang. Tetapi oleh kerana mereka jarang berambut panjang (botak selalu), susah mereka hendak design rambut pacak ini.

Baby Auni belum lagi potong rambut dari lahir sehingga sekarang. Rambut yang panjang boleh lakukan design pelbagai jenis style rambut. Biasanya hanya sikat rambut style skima feminin. Maklum sahaja, baby girl mesti gaya gugirl :)

Ce try test buat rambut ultramen pada Baby Auni, rock tak? Huhuhu
Mungkin itu yang ditanya oleh Azfar dan Azwar sebab perubahan gaya rambut tersebut telah dibuat oleh nenek Baby Auni :)

Comel tak? huhuhu




EmoticonEmoticon