Searching...

Sudah baca ini?

Wednesday, June 20, 2012

Atuk kecewa cinta gadis 16 tahun hampa

Wednesday, June 20, 2012
Petikan dari MyKosmo yang Sop tidak pasti menyokong, sedih, simpati atau sebagainya. Ini kerana atuk tersebut berumur 60 tahun, mana kala gadis tersebut muda remaja dan sedang belajar. Kemungkinan besar gadis tersebut hanya cuba mengikis harta atuk tersebut? Atuk pun, kalau umur gadis 16 tahun bolehkan dijaga remaja sekarang?

Biasanya perbezaan umur pasangan 10 - 20 tahun pun banyak krisis dalam rumah tanggga berpunca perbezaan keinginan, pendapat, pandangan dan sebagainya. Contohnya orang muda, pasti suka dengan hiburan, bersuka-suka, melancong dan sebagainya. Pasangan yang berumur lebih kepada untuk rehat, santai dan bertenang. Jika beza sebanyak 44 tahun, tidak dapat dibayangkan lagi!

Dari pendapat Sop, gadis tersebut hanya ingin mengambil kesempatan dari atuk tersebut apabila atuk tersebut yang sering membantu. Macam dalam drama pula bukan? Moga menjadi teladan buat kita semua.
REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. (Sumber)
Anda baru saja membaca artikel bertajuk Atuk kecewa cinta gadis 16 tahun hampa dalam kategori berita / Masyarakat / Remaja dari URL http://www.sop.name.my/2012/06/atuk-kecewa-cinta-gadis-16-tahun-hampa.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.

0 comments:

Follower

Google+ Followers