Tugas Super Papa - mandikan Baby Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Semoga sihat dan ceria-ceria selalu.

Menjadi Super Papa bukan tugas yang mudah! Banyak kemahiran yang perlu tahu, banyak tenaga perlu pakai, banyak teknik perlu digunakan. Entry sebelum ini ada diceritakan oleh Sop telah menjadi super papa. Kebanyakkan Sop lihat, ramai blogger yang telah menjadi Super Mama. Tahniah Sop ucapkan kerana tugas Super Papa tidak sebanyak Super Mama [pendapat Sop lah]

Hari ini Sop ingin berkongsi tugas utama Super Papa pada hari minggu dan sebelah malam iaitu memandi dan menyiapkan Baby Auni. Tugas yang sangat mencabar! Di sini semua tenaga diperlukan, semua kemahiran akan diperlukan, semua keberanian perlu ada dan paling penting kasing sayang :)

Bagaimana hendak mandikan bayi dengan kasih sayang?
Apabila setiap perbuatan disertakan dengan kasih sayang, baru semua perkara dibuat penuh dengan keikhlasan dan kemanisan. [Wah, berperibahasa la pulak! huhuhuh]

Tugas rasmi ini telah menjadi rutin Super Papa apabila berada di rumah. Sop percaya ramai bapa-bapa yang tidak berani pada peringkat awal. Sop masih ingat pada mula-mula memandikan Azfar dulu, serba tidak kena, risau memanjang dan sangat takut. Maklum sahaja, bayi masih kecil, masih tidak kuat. Fizikal lelaki sesuai dengan tugasan berat! Namun jika kita berani mencuba, sedia belajar, sanggup bersusah semua tidak menjadi masalah.

Sebelum memandikan Baby Auni, sediakan air panas dahulu. Sekarang lebih mudah, rata-rata telah ada water heater.

Setelah mandi, bersabun dan bersyampu, aktiviti menuam pada perut Baby Auni dilakukan untuk mengelak kembung perut. Setrika diperlukan untuk memanaskan tuam. Dulu dorang guna apa yer?

Minyak panas bayi disapukan pada perut, kaki, betis dan belakang untuk mengelak kembung perut. Sedikit urutan lembut boleh dilakukan untuk memberi ketenangan kepada bayi [macam SPA la pulak.. hehehe]

Kemudian, dipakaikan barut perut, lampin dan seterusnya pakaian. Jangan lupa pakaikan bedak dan sisir rambut untuk menjadikan bayi anda lebih comel. Tidak perlu hendak pakai gincu dan eye shadow bagai yer.. heheheh [ada ker?]

Untuk siapkan semua itu, berpeluh juga dengan keadaan yang panas kerana kipas tidak boleh dibuka. Jika tidak, sejuk lah bayi, bukan? Tidak perlu lagi bersenam-senam. Mandikan bayi dan siapkan babyi pun boleh dijadikan aktiviti bersenam. Malas bersenam di luar pun tidak apa tetapi rajin di rumah :)

Setakat kini, Baby Auni tiada masalah untuk mandi. Memang suka dimandikan kot kerana tiap kali mandi memang dia tidak meragam. Memang diam sahaja ketika dimandikan dan juga ketika bersiap! Cuma selepas siap semua itu, baru dia akan minta upah susu.

Kepada bapa-bapa, bantu-bantulah meringankan tugas isteri. Dengan banyak membuat tugasan rumah, kasih sayang kita kepada keluarga akan bertambah.

Terima kasih kerana mebaca entry ini. :)

Baru lepas mandi.. best! sejuk!

peralatan yang diperlukan

Pembantu yang membantu..

Azwar? Tolong juga tapi banyak tolong sibuk!

Apa kes? Posing ker nak siapkan baby?

Diperlukan untuk panaskan tuam.

Pastikan barut perut tidak terlalu ketat

Bedak kasi lebih untuk lebih wangi! Huhuhu

Yey! Sudah siap. Boleh minta upah susu :)

Previous
Next Post »