12 May 2012

Tat Nasi Ayam @Wangsa Maju

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah makan? Jika belum, boleh lah pertimbangkan untuk makan nasi ayam hari ini. Hendak masak sendiri? Jika tidak tahu, boleh dapatkan resepi dari Kak Sikin pakar memasak :)

Jika hendak makan di kedai, boleh pertimbangkan untuk makan di Tat Nasi Ayam yang terletak di Wangsa Maju.

Sop baru pertama kali mencubanya dan pengalaman pertama sangat penting untuk dikongsi bersama.
Sop suka dengan rasa nasi ayam di Tat Nasi Ayam, rasanya sedap dan secukup rasa. Oleh kerana pergi berdua sahaja untuk makan, Sop memilih set untuk dua orang. Dengan mengambil set, Sop boleh jimat dengan 60 sen (sahaja). Itu pun selepas bayar baru tahu :)

Kedai juga adalah selesa untuk makan-makan. Bagi yang sedang bercinta, sangat sesuai kot? Huhuhuhu
Hiasan kedai seperti kopitiam, nampak eklusif dan menarik.

Harga? RM5 untuk set harga nasi ayam. Kuantiti nasi banyak tetapi ayam kurang sikit. Kalau dilebihkan sedikit, lagi baik. Air buah pula RM2.80 dari gelas, harga yang berpatutan pada pendapat Sop.
WiFi ada disediakan di Tat Nasi Ayam, boleh lah pengunjung lepak lama sedikit :)

Kepada rakan yang hendak mencuba, bolehlah ke Tat Nasi Ayam yang terletak di Wangsa Maju. Ia berhampiran dengan Restoran Wahab Cendol. Jika dari Jusco, sila tuju ke Setapak Jaya dan sebelum sampai jumpa deretan kedai di situ.

Ini bukan entry berbayar, hanya berkongsi pengalaman dan pendapat.

Design kedai yang menarik
beberapa pilihan menu disediakan. kalau kertas menu dijadikan buku lagi baik rasanya
ayam yang agak sedikit untuk set berdua


restoran yang agak selesa untuk menjamu selera
nasinya sangat kuning berbanding nasi ayam biasa


EmoticonEmoticon