29 May 2012

Samsung Galaxy SIII menjadi idaman

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Semoga ceria-ceria selalu. :)

Siapa peminat telefon Samsung?

Sop mula meminati Samsung sejak menjadi pengguna Galaxy Tab. Selepas itu, hanya Samsung menjadi telefon indaman. Apabila tidak mampu, Galaxy Y menjadi pilihan :) Lagi pun ketika itu fikir hendak cari telefon yang kecil dan ringan.

Kemudian keluar Samsung Galaxy Note, memang Sop minat habis tetapi tidak kemampuan untuk dimiliki :) Lagipun, apabila lihat ciri-ciri Galaxy Note tidak begitu hebat, dengan Android 2.3.5 sahaja menjadikan tidak terlalu teringin.

Namun, apabila Samsung Galaxy SIII dilancarkan keterujaan terus kemuncak! Ciri-ciri yang sangat hebat dan hardware yang cukup berkuasa! Memang teringin habis! Keinginan yang rasa seperti esok hendak pergi beli terus! Hehehehe Tapi apa daya, bukannya berkemampuan sangat hendak beli macam itu sahaja. Jika harga ratus-ratus boleh la juga tetapi ini beribu-beribu yer,,,, :)

Antara ciri yang Sop suka ialah S Beam yang mana hanya dekatkan telefon untuk pindah fail, arahan suara, panggilan automatik apabila diletak pada telinga dan paling penting laju dan lancar.

Semasa melihat review pada Youtube, keterujaan semakin bertambah! Huhuhu
Kena kumpul duit lah nampaknya selepas ini :)

Jom layan review yang diambil dari Youtube:



EmoticonEmoticon