20 May 2012

Majlis Pelancaran Kelab smales IKEA Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu bersama keluarga.

Hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Kelab smales di IKEA Malaysia. Seramai 50 kanak-kanak telah dijemput untuk menyertai majlis ini dan secara rasminya menjadi 50 kanak-kanak terawal. Bagaimana mereka dipilih? IKEA Malaysia telah membuka penyertaan kepada 50 kanak-kanak terawal di laman Facebook (FB) mereka. Bagi yang LIKE laman FB IKEA Malaysia akan mendapat maklumat tentang majlis ini. Selepas ini, pendaftaran dibuka sepanjang tahun, hanya singgah di Bug House yang terdapat di depan Smaland IKEA.

Azfar dan Azwar turut bertuah kerana terpilih untuk menyertai  Majlis Pelancaran Kelab smales ini. Memang teruja mereka apabila diberi tahu akan ke Smaland IKEA. Smaland merupakan tempat kegemaran mereka untuk bermain :)

Pendaftaran di Bug House

Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi ke IKEA kerana majlis pendaftaran bermula pada jam 9.00 pagi. Sampai sahaja di IKEA, kami terus mendaftar untuk mendapatkan passport smales. Proses pendaftran hanya sekejab sahaja. Kami juga menerima goodies beg yang mengandungi beberapa barangan t-shirt, tali tag passport, stiker dan paling best bantal Sara.

Bersama bantal Sara


Hek!, I'm the first 50

Selepas siap bertukar baju, Azfar dan Azwar mula beratur untuk cat muka. Untuk makluman, aktiviti cat muka ini hanya khas untuk Majlis Pelancaran Kelab smales sahaja. Memang teruja Azfar dan Azwar kerana pertama kali dapat buat cat muka ini. Selepas itu, beratur untuk mendapatkan balon dari si badut. Si badut ini selalu ada di hadapan Smaland IKEA pada hari-hari tertentu dan masa-masa tertentu. Jika Si badut ini ada, pastikan anda pergi pendapatkan balon :)

Face painting
Tunggu untuk dapatlan belon

Pada jam 11.00 pagi, majlis pelancaran dimulakan. Penerangan ringkas diberikan oleh juruacara tentang smales . Kemudian, majlis memperkenalkan Sara iaitu Quing kepada Smaland. Hendak tahu siapa Sara? Petunjuknya ialah berwarna merah :) Selepas itu,  Majlis Pelancaran Kelab smales di teruskan dengan sesi pembacaan ikrar ahli smales dan sesi bergambar. Selesai semuanya, kami dijemput ke restoran untuk makan tengah hari.
Memperkenalkan Sara

Majlis Pelancaran Kelab smales yang ringkas tetapi penuh keceriaan. Terima kasih kepada IKEA Malaysia yang telah menjemput kami.

Info ringkas tentang keahlian kelab smales
  • Terbuka kepada semua yang berumur 4 - 10 tahun
  • Keahlian akan tamat pada umur 11 tahun
  • Keahlian adalah percuma. Pendaftaran boleh dibuat di Bug House yang berada di depan Smaland. Sila bawa bersama mykid atau sijil kelahiran
  • Ahli smales akan diberikan passport untuk diimbas setiap kali ke IKEA. Setiap kali imbasan, ahli smales akan mendapat diskaun hidangan kanak-kanak dan 1 minuman percuma dan stiker (sant smales) untuk ditampal pada passport serta 0.50 dallar ke dalam akaun keahlian. 
  • Dallar boleh digunakan untuk menebus barangan smales atau untuk mendaftar aktiviti.
  • Dallar boleh juga ditambah melalui membawa akhbar lama untuk kitar semula.
  • Ahli boleh menerima berita Bug dan akan mempunyai akses ke laman web smales di www.IKEA.com.my/smales
Faedah menyertai kelab smales
  • Dapatkan dallar smales setiap kali kunjungan ke IKEA
  • Nikmati minuman percuma setiap kali kunjungan
  • Nikmati diskaun hidangan kanak-kanak di restoran IKEA
  • Tebus dallar smales dengan barangan smales
  • Sertai acara khas untuk ahli smales
  • Terima surat berita kelab smales
  • Memupuk semangat menjaga alam sekitar
  • Dan banyak lagi
Kepada rakan-rakan yang mempunyai anak atau adik berumur 4 - 10 tahun, boleh daftar menjadi ahli kelab smales.

Untuk maklumat lanjut mengenai kelab smales ini, sila lawat www.IKEA.com.my/smales

Galeri gambar (45 gambar):

Depan Smaland
smales shroom
Teruja untuk menjadi ahli
Membuat passport smales
Mengambil gambar untuk passport smales

Senyum! Klik


Memperagakan baju smales
  
Passport smales Azfar

Saya ahli smales

Passport smales Azwar

Kami ahli smales

Baca Bug News

Bersalam tanda rakan Sara

Peserta mula pendaftaran

smales shroom mempunyai dwi bahasa

stiker lawatan ditampal pada passport smales

kupon diskaun hidangan kanak-kanak dan minuman percuma

mendapat kenalan baru ahli smales
  
Face painting Azwar

Face painting Azfar

Hensom tak?

Bug berada di pipi Azwar

Masa untuk berlawan pedang! 

Menanti pelancaran kelab smales

Menanti dengan penuh sabar

Sara diperkenalkan kepada semua
  
Temubual dengan ahli smales

Bacaan ikrar ahli smales
Agihan bendera

Kibar bendara IKEA dan Smales

Berkobar-kobar Azwar tuh!

Antara ahli smales yang terawal

Sesi bergambar

Apa agaknya Azwar sedang fikir?

Makan time :)

Menu yang menyelerakan

Kek yang sangat sedap

Lepas makan, boleh ke Smaland, kan? Huhuh

Untuk daftar ahli smales, sila ke Bug House

Sesi bergambar bersama Sara

Cenderamata yang dapat

Azfar 1 dan Azwar 1 :)
Ikrar ahli smales

Sop pun sudah menjadi ahli, Heheheh (kenang-kenangan media sahaja)



EmoticonEmoticon