25 May 2012

Hiburan mengikut fitrah Islam

Selamat sejahtera semua rakan.

Perkongsian dari kutbah Jumaat hari ini.

Islam tidak menghalang umat dari berhibur. Tujuan hiburan untuk merehatkan, menenangkan fikiran. Beberapa batasan perlu untuk memastikan hiburan tidak melanggar syariat Islam.

Beberapa perkara yang membolehkan hiburan menjadi haram iaitu:

» Melalaikan
» Membawa kepada maksiat
» Bercampur lelaki perempuan
» Tidak mendedahkan aurat
» Membawa kepada
» Mendatangkan kemudaratan
» Berunsur syirik
» Lirik tidak baik
Dan banyak lagi...

Suara wanita adalah aurat, ia boleh menyanyi kepada ahli keluarga dan sama wanita sahaja. Tetapi sekarang?

Kutbah juga ada menyebut tentang hiburan di negara kita sekarang yang mana banyak menyimpang dari ajaran Islam. Apa peranan kita dalam perkara ini?

Oleh itu, kita perlu memilih hiburan yang diharuskan oleh syarak seperti nasyid, zikir dan sebagainya. Setiap hiburan yang membawa kebaikan adalah diharuskan dalam Islam.

Sop hanya membuat rumusan dari kutbah tersebut. Penulisan adalah mengikut ayat sendiri. Jika diikut, banyak lagi isi-isi tentang hiburan ini tetapi hanya sempat berkongsi setakat ini sahaja.

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon