Hendak tukar domain blog

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Domain memainkan peranan penting untuk website, blog, forum dan sebagainya. Ia sama seperti nama kita yang sangat unik dan bermakna. Jika domain yang digunakan baik, ia mampu memberi kesan yang baik kepada blog.

Domain gnesop.com telah Sop guna selama 4 tahun. Tempoh yang cukup lama dan ramai yang telah sinonim dengan gnesop.com. Walaupun pelik tetapi tetapi tetap unik [perasan kejab]. Sop percaya, ramai yang terbelit lidah hendak menyebut gnesop.com. [hehehehe]

Kenapa tiba-tiba hendak tukar domain?
Tiada cacat cela domain gnesop.com dan Sop sangat suka dengan gnesop.com. Cuma apabila domain ini telah di blacklist oleh Google Adsense, perasaan mula bercapur baur. Dengan tidak boleh dipaparkan lagi iklan Google Adsense di blog ini, kadar pendapatan dari Google Adsense mula perlahan. Walaupun sebelum ini [sebelum diblock] tidak banyak pendapatan yang dikumpul tetapi sekurang-kurangnya boleh jana sedikit sebanyak.

Perasaan ingin menukar domain kemuncak apabila domain .MY dijual dengan harga yang murah berbanding sebelum ini. Malangnya cadangan domain sop.my tidak lagi ada dipasaran. Jika masih ada, pasti telah bertukar domain dengan segera. Sekarang ini, untuk domain bermula dengan SOP, hanya tingga sop.name.my. Domain yang agak panjang tetapi agak unik juga. Harga juga berpatutan! Namun masih serba salah kerana domain agak panjang dan lebih panjang berbanding gnesop.com!

Tawaran dari pembekal domain oleh exabytes.com.my hebat juga. Ingat bercadang menggunakan dari perkhidmatan beliau :)

Apa pendapat rakan tentang domain sop.name.my? Setuju Sop tukar? 
Previous
Next Post »