21 May 2012

Hari Sukan Tahunan Tadika Adik-Adik

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu dan sentiasa beriman dan beramal seperti entry lelaki kacak vs lelaki beriman.

Semalam berlangsung Acara Sukan Tahunan Tadika Adik-Adik iaitu tempat Azwar belajar. Acara ini telah berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa Kuala Lumpur. Tindakan pihak Tadika Adik-Adik mengadakan acara sukan pada hari Ahad sangat bijak kerana ramai ibubapa boleh hadir untuk melihat acara tersebut.

Pendaftaran telah bermula pada jam 8.00 pagi dan perbarisan masuk telah bermula pada jam 8.30 pagi. Selepas perbarisan, acara diteruskan dengan Nyayian Negaraku dan juga ucapan oleh wakil murid. Selepas itu, baru acara sukan dimulakan mengikut kategori tahun.

Setiap kelas hanya bermain untuk 1 acara sahaja. Tahap acara bergantung kepada umur yang mana bagi umur murid 4 tahun lebih mudah dan 6 tahun lebih sukar. Walaupun hanya 1 acara untuk setiap pelajar, pengalaman yang dilalui oleh murid tadika sangat berharga. Semangat kesukanan dapat diterapkan kepada semua murid.

Hadiah telah disediakan kepada semua peserta iaitu berbentul medal.

Azwar telah menyertai acara memasukkan gula-gula dalam karung. Tahniah kerana kumpulan Azwar telah berjaya menjuarai acara tersebut. Memang seronok Azwar apabila mendapat hadiah. Selepas memang, Azwar terus mengajar Sop balik untuk tunjukkan hadiah kepada Azfar dan Mrs Sop.

Suasana kelihatan sangat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sibuk merakamkan acara tersebut. Menang seronok meilihat anak-anak berseronok dalam acara sukan tersebut.

Di luar stadium kelihatan banyak pusat pameran oleh pihak yang terlibat seperti bank, jurujual, pihak insurans dan sebagainya. Ibubapa boleh mendapatkan promosi yang dijalankan ketika itu.

Acara telah tamat pada jam 10.30 pagi. Walaupun acara nampak ringkas tetapi ia berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada pihak Tadika Adik-Adik atas penganjuran Acara Sukan Tahunan tersebut.

Galeri gambar:

Perbarisan masuk peserta sukan
 
Barisan berdasarkan kelas

Murid disusun dalam barisan. Nampak Azwar?

Sempat tersenyum melihat papa ambil gambar :)

Ucapan alu-aluan oleh wakil murid dalam 3 bahasa (Melayu, Inggeris dan Cina)

Murid duduk mendengar ucapan wakil murid

Ibubapa seronok melihat anak-anak

Acara bermula dengan murid umur 4 tahun

Acara membawa guli dalam sudu

Azwar menanti acara beliau

Acara memasukkan gula-gula dalam karung

Hadiah kepada semua pemenang

Azwar menerima hadiah dari Pengetua Tadika Adik-Adik

Gembira mendapat hadiah!

Hadiah tempat pertama

Bergambar kenangan bersama rakan tadika

Surat jemputan dan buku acara

Lari kuda kepang turut dipertandingkan

Jualan  di luar stadium

Barangan sesuai dengan acara kanak-kanak

Ibubapa sempat melihat barang jualan

Boleh beli barangan yang menarik perhatian


EmoticonEmoticon