Berebut hendak tolak Baby Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni telah lebih sebulan, mama pun sudah sihat dan segar. Maka boleh lah bawa jalan-jalan sekitar rumah.

Bila berjalan, mana larat hendak dukung Baby Auni yang telah 5.kg tu. Jika sekejab, boleh lah tetapi jika lama, mahu kebas tangan. :)

Oleh itu, bawa stroler untuk mudah berjalan-jalan. Bila bawa stroler, abang-abang pula yang teruja hendak tolak! Sampai berebut-rebut! Papa dia pulak yang pening!

Jika bawa dengan hebat, tiada masalah juga, ini semua yang ada dekat depan dia langgar. Kesian Baby Auni yang berada dalam stroler, mesti pening sebab macam naik bumber car kot, hijuhuhuhu.

Terima kasih kerana membaca entry ini.







Previous
Next Post »