23 May 2012

Berada di Gold Course Klang, Selangor

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat dan ceria selalu bersama keluarga.

Siapa pernah ke Hotel Gold Course Klang?

Sop baru pertama kali singgah ke sini. Hotel yang besar boleh dilihat dari jauh sekitar Klang.

Walaupun hotel yang besar tetapi kelihatan agak kusam. Mungkin kerana kurang maintenance?

Keceriaan memang agak kurang dari luar bangunan dan depan hotel. Untuk ke kaunter pendaftaran, pengunjung perlu ke tingkat 8. Di situ terletaknya kafe dan dewan mesyuarat. Tingkat bawah hingga 6 adalah ruang parkir kenderaan.

Dari segi bilik, ia adalah biasa sahaja tetapi lebih baik berbanding pandangan dari luar hotel. Kemudahan asas di sediakan secukupnya seperti wifi, dewan, parkir, dan lain-lain. Namun begitu, set kopi atau teh tidak disediakan kecuali air mineral.

Makanan masakan di hotel ini agak sedap dan menu adalah pelbagai.

Semalam, tidak ramai pengunjung berada di sini. Setiap tingkat kelihatan kosong kerana hotel yang besar.

Hasil tinjauan didapati hotel ini sering diadakan acara-acara tertentu. Ini kerana banyak dewan terdapat di hotel ini.

Nota kaki: patut berada 3 hari 2 malam tetapi sempat berada sehari sahaja. Ada tugasan lain lagi :)








EmoticonEmoticon