28 May 2012

Berada di d'Village Resort Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Siapa Blogger Melaka?
Hari ini Sop berada di d'Village Resort Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Kali terakhir Sop datang sini ialah pada tahun 2007 kerana mengikuti kursus. Dulu kalau tidak salah dikenali dengan Ayer Keroh d'Village.

Tidak banyak perbezaan berbanding dahulu hotel ini.

Keunikan di d'Village Resort Melaka ialah terdapat 2 jenis penginapan yang disediakan iaitu rumah challet dan bangunan hotel.

Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini ialah kolam renang, wifi di bilik mesyuarat serta lobi, dewan utama dan bilik mesyuarat.

Kelebihan berada di sini ialah ia jauh dari kepesatan ibu kota, dekat dengan tol, dekat dengan zoo dan pusat pelancongan lain. Jika hendak ke bandar hilir, ia memakan masa 15-20 minit.

Jika ke Melaka, d'Village Resort Melaka mungkin boleh jadi pilihan penginapan anda.












EmoticonEmoticon