Banyaknya SPAM menyerah CBOX sekarang

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat dan ceria-ceria selalu.


Anda pengguna kotak mesej CBOX?
Pasti perasan banyak betul SPAM yang ditinggalkan dalam kotak mesej CBOX. Kadang-kala bertalu-talu seperti kereta api LRT yang pulak! [sama ker?, belasah jer lah]

Mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan short URL untuk mengkaburi mata semua. Jika kita tidak berhati-hati pasti akan terklik kerana SPAM telah bijak laksana menggunakan nama yang biasa kita lihat. Ada menggunakan nama Melayu, nama rakan dan sebagainya.

Adakah ini digunakan dari sistem auto blogwalking? Sebelum ini ada juga yang sibuk mempromosikan sistem yang tidak elok ini! Kadang itu, geram juga kerana ada yang sengaja mengaut keuntungan dari air yang keroh! Semua hendak kerja mudah! Langsung tidak beretika! [geram la pulak!]

Sekarang ini, ramai yang telah mula masukkan kod pengesahan dalam CBOX untuk mengelak kemasukkan SPAM. Kesannya rakan-rakan pula yang banyak kerja! Susah bukan? Hendak masuk pengesahan kod bagai...

Kenapa tidak guna Shoutbox lain seperti busuk, fibox dan lain-lain?
[banyak pula soalan yer, cam wartawan] Sop suka dengan CBOX ini kerana owner dia cun giler! [tipu]
Pertamanya paling ringan loadingnya buat masa ini berbanding Shoutbox lain
Keduanya kerana di pejabat ada beberapa Shoutbox yang disekat oleh server
Ketiganya ..... awak, tolong jawab :)

Jika ini yang sering berlaku, kemungkinan besar kena cari-cari Shoutbox lain. Sangat bosan jika SPAM yang lebih banyak dari rakan yang tinggalkan mesej. Sedangkan kita sedaya upaya hendak cuba balas jejak rakan.

Kepada kaki SPAMMER, insaflah! Kembali kepada jalan yang benar. Sudah-sudahlah menyusahkan hidup orang lain.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Previous
Next Post »