Azfar menang pertandingan Pra Sekolah

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu bersama keluarga.

Ini merupakan tahun kedua Azfar bersekolah di Pra Sekolah. Banyak perkembangan positif yang dapat dilihat dari pembelajaran. Malah, prestasi bersemangat untuk ke sekolah di kekalkan. Sentiasa rajin untuk ke sekolah kecuali sakit atau demam.

Berbanding tahun lepas, Sop memang tidak mengharapkan banyak perkembangan dari segi pembelajaran kerana Azfar baru berusia lima tahun. Beliau mahu ke sekolah pun kira baik tetapi Sop dapat lebih dari itu. Azfar dapat mengikut pembelajaran dengan baik selaras dengan murid Pra lain yang berusia enam tahun. Gembira atas pencapaian tersebut.

Untuk tahun ini, Azfar telah meningkat lagi pencapaian dalam kelas. Mampu membaca ayat mudah, boleh mewarna dengan baik, boleh menulis dan sebagainya.

Awal tahun baru ini pun Azfar telah bawa balik hadiah pertandingan mewarna anjuran sekolah kategori Pra Sekolah. Tahun lepas memang agak sukar untuk memang dalam pertandingan.

Terbaru, beliau mendapat dua kemenangan di tempat kedua dalam pertandingan peringkat Pra Sekolah. Mrs Sop bertanya kepada Azfar kenapa tidak dapat nombor satu, beliau jawab hari itu sudah dapat nombor satu, nak nombor dia pula. Boleh gitu?

Hadiah boleh berkongsi dengan Azwar sebab dapat dua. Kalau tidak, pasti berebut hadiah pula walaupun itu hadiah Azfar. Huhuhu

Semoga Azfar terus cemerlang dan belajar rajin-rajin. :)

fram gambar yang dimenangi (dan pensil warna)
paparan kemenangan
Azwar pun mendapat hadiah dari Abang
dua-dua tempat kedua
Previous
Next Post »