10 sebab kenapa Sop suka ke IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu bersama mereka yang tersayang.

Suka pergi ke IKEA? Jika suka, Sop pasti sebabnya sama dengan Sop. Jika tidak suka ke IKEA, anda boleh tinggalkan mengapa anda tidak suka.

Bagi yang berada jauh dari Kuala Lumpur, mungkin agak sukar untuk ke IKEA dan itu tidak dapat hendak bantu buat masa ini. Pihak IKEA memaklumkan yang kemungkinan lebih banyak cawangan akan dibuka pada masa hadapan. Sememangnya banyak permintaan dan pertanyaan tentang keperluan dibuka pusat IKEA di kawasan lain.

Bagi yang tinggal berhampiran dengan IKEA pasti bertuah kerana boleh datang selalu. Ada rakan yang datang dari jauh (negeri lain) semata-mata untuk mendapatkan barangan IKEA. Namun begitu, ada juga yang tinggal di Kuala Lumpur yang belum pernah singgah! Mungkin beliau ada alasan sendiri :)

Kenapa Sop suka ke IKEA?


Design IKEA sangat menarik
1.  Barangan kelengkapan rumah yang menarik. Siapa yang tidak suka dengan design IKEA? Bagi suka menghias rumah berkonsepkan moden, pasti barangan IKEA menjadi pilihan. Sop sangat suka dengan konsep hiasan moden. Seboleh-bolehnya setiap hiasan, peralatan rumah perlu kelihatan moden. Sesuai dengan ciri rumah dan jiwa Sop.

Pelbagai jenis barangan kelengkapan rumah dan pejabat
2.  Barangan yang sesuai dengan pelbagai jenis rumah. Ciri-ciri yang IKEA ketengahkan sangat sesuai dengan pelbagai jenis rumah dan konsep pilihan. Malah design yang dibuat boleh memberi penjimatan ruang. Sop sangat suka dengan konsep yang menjimatkan ruang kerana rumah di Kuala Lumpur tidak besar berbanding di rumah kampung. Dengan design yang kompak, ruang rumah kelihatan lebih luas dan selesa.

Jaminan kualiti sehingga 25 tahun
3.  Barangan yang berkualiti dan jaminan setiap barang. Terdapat kedai yang memberi jaminan hanya berdasarkan tawaran oleh pembekal. Jika ingin menambah tempoh jaminan barang, bayaran tambahan dikenakan. Namun di IKEA, setiap barang yang berkualiti mempunyai jaminan yang lama. Adalah berbaloi untuk memilikinya. Contohnya perabot, jaminan oleh IKEA ialah dari 10 hingga 15 tahun. Berbaloi bukan?
Kebanyakkan barang yang Sop beli setakat kini tiada sebarang masalah dan sangat tahan. Kualiti barang yang sentiasa dipantau memastikan barangan IKEA sentiasa terbaik. Jika ada barangan yang bermasalah dalam keluaran, notis pemulangan akan dikeluarkan di laman web dan juga banner pada IKEA.

Pelbagai jenis ruang pameran untuk idea
Ruang yang selesa dan tersusun
4.  Ruang pameran yang luas dan selesa. Jika ingin mendapat idea untuk menghias rumah, menyusun perabot, membeli peralatan dan sebagainya, anda boleh mendapatkannya di ruang pameran IKEA. Pelbagai jenis ruang pameran yang disediakan dari ruang tamu, dapur, bilik tidur dan sebagainya di sediakan. Memang seronok mencuci mata dan mendapatkan idea!

Kebersihan adalah perkara penting
5.  Sangat bersih dan selesa! Tiada tempat yang sebersih IKEA. Itu pendapat Sop. Sama ada di ruang pameran, ruang barangan, ruang makan, tandas, pusat permainan, surau malah parking juga bersih. Bagi yang mempunyai alahan kepada habuk, IKEA memang tiada masalah kerana ia sangat bersih.

Jualan makanan yang sangat murah

Menu yang menyelerakan
6.  Makanan di restoran yang sedap dan murah! Jika ke IKEA dan tidak makan, itu adalah merugikan apabila ke sana. Pelbagai menu makanan barat yang disediakan untuk pengunjung dengan harga yang berpatutan. Tidak hairan jika restoran IKEA sentiasa dipenuhi pengunjung dan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Jika tidak mahu makan makan berat, makanan ringan seperti hotdog, mufin, ais krim atau karipap turut dijual di restoran IKEA. Harga? Cukup murah! Malah air tambahan percuma membolehkan anda minum secukupnya :) Sistem layan diri sungguh memudahkan pengguna untuk mendapatkan makan dan minuman.

Terdapat barangan yang sangat murah!
7.  Barangan murah dan mengikut kemampuan. Ada yang berpendapat barangan IKEA mahal. Memang ada yang mahal kerana barangan hebat dan tahan. Namun ada juga yang barang mampu milik dan kadang-kadang harga seperti tidak sesuai dengan barang tersebut. Sop biasanya akan mendapatkan barangan yang mengikut kemampuan Sop kecuali ada rezeki yang lebih.

Parkir percuma jika berbelanja di IKEA
Ruang parking yang luas
Ruang parking yang bersih dan selesa

8.  Ruang parking yang selesa dan murah. Bagi pengunjung yang membeli barangan di IKEA, ruang parkir adalah percuma. Hanya serahkan tiket parkir semasa membuat pembayaran. Jika tidak membeli sebarang barang, kadar bayaran parkir sangat rendah. Sop biasanya hanya kena RM2 sahaja setiap kali melawat. Ruang loading barang disediakan untuk memudahkan pengunjung memuatkan barangan yang dibeli ke dalam kenderaan. Oleh kerana pengunjung yang terlalu ramai, jumlah parkir juga selalu penuh pada waktu puncak. Biasanya Sop akan datang lebih awal dan mengelak dari waktu puncak iaitu pada tengah hari dan petang hari minggu. Jika tiada parkir juga, bangunan pasar raya sebelah akan digunakan. Tiada masalah kerana ada jejantas yang menghubungkan pasar raya Curve dengan IKEA.

Kemudahan mesra pengguna

Surau yang selesa
9.  Kemudahanan yang disediakan mesra semua pengguna. Ciri yang sangat Sop teruja yang mana semua golongan boleh datang ke IKEA tanpa masalah. Kemudahan asas disediakan dengan baik seperti lift, troli, kerusi roda, surau, tandas, ruang makan, ruang rehat, ruang merokok dan sebagainya. Ada rakan bertanya, tidak susah ke membawa anak kecil? Memang tiasa masalah membawa bayi jika di masukkan ke stroller. Suasana juga dingin sangat selesa kepada pelawat dan juga bayi :) Bagi yang bawa stroller, boleh naik ke ruang pameran menggunakan lif yang disediakan. Bilik persalinan bayi juga disediakan untuk memudahkan sebarang urusan bayi.

Keselamatan yang terjamin
Kemasukkan adalah percuma

Aktiviti mewarna
Pusat permainan yang luas dan bersih
10.  Pusat permainan kanak-kanak. Smaland sememangnya tempat kegemaran kanak-kanak. Azfar dan Azwar panggilnya sebagai "mainan cop" kerana apabila masuk, perlu dicop tangan sebagai identiti keselematan. Tempat mainan yang selesa dan menyeronokkan! Paling penting PERCUMA :) Pengunjung boleh meninggalkan anak-anak selamat 1 jam semasa melawat IKEA. Banyak aktiviti yang disediakan dalam Smaland tersebut seperti aktiviti mewarna, tayangan video dan sebagainya. Biasanya Sop akan tinggalkan anak-anak dan kemudian akan ambil semasa untuk proses pembayaran. Ibubapa boleh melawat, membeli dan mencari barang dengan selesa tanpa anak-anak. Mereka yang berumur 3 tahun ke atas boleh masuk ke Smaland atau mengikut tahap ketinggian yang ditetapkan.

Pemasangan barangan IKEA sangat mudah
Manual disediakan di setiap produk
10.  Pemasangan sendiri dan packing yang padat. Setiap kali membeli barangan IKEA, anak-anak sangat suka membantu untuk memasangnya. Kadang-kala terlebih teruja dari Sop sendiri! Ia sangat bagus untuk membentuk kreativiti dan membentuk kemahiran anak-anak. Kerja-kerja membentuk, membina dan memasang sangat digemari kanak-kanak. Oleh sebab itu, permainan seperti LEGO sangat bagus untuk anak-anak malah pelajar sekolah sangat suka dengan mata Pelajaran Kemahiran Hidup dan seni reka cipta kerana boleh memasang, membina dan mencipta. Barang IKEA kebanyakkan masih belum dipasang dan packaging barangan juga padat. Ia memudahkan pembeli mengangkut dan membawa barangan dibeli dengan kereta sahaja. Dengan itu, tidak perlu menyewa lori untuk menghantar barangan. Jika di kedai biasa, kebanyakkan barang telah tersiap pasang dan agak sukar untuk membawanya menggunakan kereta.

Itu sahaja yang dapat disenaraikan kali ini. Jika diikutkan, banyak lagi. Mungkin rakan-rakan boleh berkongsi juga?

Ada sesiapa yang sekarang ini juga hendak ke IKEA Malaysia setelah baca entry ini? Hehehehe
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
jessica brown
AUTHOR
12 November, 2016 23:21 delete

Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang memberikan pinjaman mudah percuma kepada individu yang tulen dan serius, syarikat-syarikat, syarikat-syarikat korporat dan orang ramai pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses ke kolam tunai untuk memberi kepada Sme dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kesejahteraan dan keselesaan sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk maklum balas yang cepat dan pantas ......
 
                                    PEMOHON DATA DIPERLUKAN
 
 
1. Nama
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Pekerjaan
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
Tempoh 9. Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
......................................................... ...
......................................................... ...
............................................................
......................................................... ...
 
 
 
Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda

Reply
avatar