Update tentang Auni Awatif

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Baby Auni Awatif telah tanggal tali pusat pada hari ke 6. Apabila tanggal, lebih mudah untuk proses pakai lampin dan barut perut.

Hari ini hari ke 10 Auni menjalani kehidupan dalam keluarga kami. Setakat ini, kuning masih ada dan semakin berkurangan. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.

Selama 10 hari, Auni tiada sebarang masalah. Tidak memberi kesusahan kepada ibubapanya. Bila cukup minum susu, dia tido, cukup mandi, tido, cukup semuanya, tido. Biasanya bulan awal begini memang banyak tidur. Lepas sebulan nanti, baru boleh tengok bagaimana dia berjaga malam, mahu bersembang, mahu berdukung :)

Harap Auni akan membesar dengan sihat seperti Azwar yang tidak banyak kerenah masa kecil dulu.
Sekarang ini, Auni memang kuat menyusu. Kami pun galakkan dia minum susu untuk pastikan kuning cepat habis. Lepas sebulan, pasti Auni berkilo-kilo naik berat badan nanti :)

Azfar yang sangat sayang dengan Baby Auni :)
Tengok pipi tu!
Tali pusat yang telah tanggal
Kena jemur matahari untuk kurangkan kuning :)
Previous
Next Post »