21 April 2012

Sop dipilih sertai IKEA eFluencers programme


Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu bersama keluarga tercinta :)

IKEA semua tahu bukan? Apa makna sebenar di sebalik perkataan IKEA tersebut?
Sop pun baru tahu juga disebalik perkataan IKEA. Jika belum, jom sama-sama kita lihat di gambar bawah:

IKEA - Ingvar Kamprad Eimtaryd Agunnaryd
Kembali kepada tajuk entry, terima kasih kepada Mei Ying yang menawarkan program IKEA eFluencers ini. Mula-mula menerima Twitt dari Mei Ying Sop terkejut juga kerana beliau ingin menawarkan satu peluang kepada Sop sebagai blogger. Tiba-tiba ada yang Tweet pada anda, pasti anda merasakan ia SPAM (biasa dapat la tu :). Apabila Sop menghantar mesej beserta emel, baru dinyatakan dengan penuh program yang ditawarkan.

Beliau akan menghantar profile Sop kepada IKEA untuk pemilihan dan jika sesuai Sop akan dipilih menyertai IKEA eFluencers programme. Selepas 2 minggu menunggu, akhirnya Sop mendapat berita gembira kerana berjaya menyertai program tersebut. Untuk makluman, Sop dipilih berdasarkan minat Sop dengan IKEA dan sering berkunjung ke IKEA. Beliau mencari blogger berdasarkan entry yang ada pada blog. Bersama-sama Sop yang turut menyertai program ini ialah blogger Eyriqazz. Kami bukan blogger utama sebelum ini tetapi yang digantikan kerana ada blogger yang tidak dapat memberi tumpuan kepada program ini. Kiranya kami adalah yang bertuah terutamanya Sop. Pertama kali terlibat secara langsung dengan pengiklanan.

Apa yang perlu Sop buat ialah berkongsi pengalaman dengan IKEA, Produk IKEA, memberi pendapat dan mendapat maklumbalas dari rakan-rakan tentang IKEA. Tujuan utama IKEA melahirkan program ini ialah mendapat maklumbalas dari pelanggan dan memperkenalkan produk IKEA. Tidak kira maklumbalas itu positif atau negatif kerana ia bertujuan untuk penambahbaikkan perkhidmatan IKEA kepada pelanggan. Menarik bukan?

Sehubungan itu, sekiranya rakan-rakan mempunyai sebagai maklumbalas mengenai IKEA dari segi produk, perkhidmatan atau sebagainya, boleh tinggalkan komen di blog Sop atau juga laman facebook IKEA Malaysia itu sendiri.

Antara yang ditawarkan oleh IKEA menyertai "IKEA eFluencers programme" ialah akan dijemput menyertai  aktiviti anjuran IKEA sama ada bengkel, acara atau maklumat terkini tentang IKEA. Sebagai peminat setia IKEA, Sop pasti tidak mahu ketinggalan sebarang berita terkini dan promosi oleh IKEA.

Pendaftaran sebagai media di acara IKEA :)
Baru ini, Sop telah dijemput menyertai acara "Tidur dan Jaga Secara Betul dengan IKEA" bersama media-media lain yang mana Sop mendapat banyak pendedahan tentang kesihatan tidur. Acara yang sangat menarik dan boleh mendapat banyak info tentang tidur.

Private Function


Berkenalan dengan blogger lain, Sop jer tak der kad :)
Yey! Dapat cederamata :?)
Lepas ini, lebih banyak kemaskini-kemaskini IKEA yang akan Sop kongsikan. Mohon rakan-rakan memberikan maklumbalas tentang IKEA dalam entry tersebut.


EmoticonEmoticon