01 April 2012

Senarai cadangan nama bayi Sop

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Semoga sihat selalu bersama orang yang tersayang.

Setelah sebulan peraduan Cadangan Nama Bayi Sop berlangsung, akhirnya ia berakhir. Kesemua nama yang dicadangkan telah dilihat oleh Sop. Semua sangat indah dan menarik dari segi nama dan maksudnya.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi cadangan dan ia telah banyak membantu Sop dan keluarga untuk mendapatkan nama yang terbaik. Bagi yang ada anak, pasti tahu bagaimana susahnya hendak memilih nama yang terbaik. Oleh itu, nama yang telah diberikan oleh ibubapa kita seharusnya kita hargai kerana mereka telah mencari nama yang terbaik untuk menamakan kita.

Berikut adalah senarai nama yang telah dicadangkan oleh rakan-rakan:

  1. Nur Alya Azzahra [Cahaya Ketinggian Yang Bersinar] oleh Nury Yahya
  2. Nur Firas Waffiyah [Cahaya Kecerdikan Sempurna] oleh Lady Aira
  3. Hasha [Kesempurnaan] oleh My Adam
  4. Nur Azzalea [Cahaya Kekal Abadi] oleh Nida
  5. Qurratu'ain Arani [Sedap mata dipandang Kebaikan] oleh Maya Mustwany
  6. Auni Awatif [Lemah lembutku, ketenangan Kesayanganku] oleh Annur Fitrah
  7. Alya Adriana [Ketinggian, nisbah] oleh Shidasyakirin
  8. Afiqah Khairani Sufi [Sangat pemurah, Kebaikanku Ahli Tasawuf] oleh Belalang Hijau
  9. Ameera Arfa  [Puteri Yang Tinggi/Mulia] oleh K-Poh
  10. Nur Asyalina Haifa [Cahaya Manis Lembut suaranya] oleh Nys Zairee
  11. Nur Safinatunnajah [Cahaya Kapal Penyelamat] oleh Sharifah
  12. Nur Liya Zafirah [Cahaya Yang beroleh kemenangan] oleh Fadli
  13. Nurulain Hanani [Cahaya mata Kesayanganku] oleh Leeyana
Pemenang hadiah utama akan dipilih oleh Mrs Sop dan kemungkinan besar akan menggunakan nama tersebut.
Pemenang peserta bertuah akan dibuat menggunakan random.org.

Pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat selepas pemilihan nama pememang.

Doakan semoga Mrs Sop akan selamat melahirkan bayi Sop dengan sihat dan sempurna. Malah bakal menjadi anak yang solehah, amin :)


EmoticonEmoticon