20 April 2012

Ruang parking bawah bangunan pun laju?

Agaknya ingat Tokyo Drift kot?
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat-sihat selalu :)

Entry berkaitan dengan rasa tidak puas hati dengan sikap penduduk di rumah Sop yang mana kadang-kala sikap tersebut tidak harus terjadi.

Ruang parking di bawah rumah yang tiga tingkat ini sesuai ke bawa kenderaan laju-laju?
Hendak ke mana laju sangat?

Agak bengang dan menyampah juga apabila melihat pemandu seperti ini yang tidak memikirkan orang lain. Sop sangat risau apabila anak-anak berada di ruang parking untuk ke kereta atau balik ker rumah. Ini kerana ada penghuni yang memang tidak faham (atau buat-buat tidak faham) dengan memecut laju di ruang parking! Bayangkan jika ada kanak-kanak melintas atau orang melintas! Bukan senang hendak nampak apabila ruang parking dipenuhi tiang dan juga kenderaan.

Kalau ikutkan, kawasan rumah yang bukan semua orang mampu duduk! Biasanya pemikiran orang yang duduk di sini adalah berpikiran tinggi. Takkan perkara seperti ini tidak boleh difikirkan dengan waras dan sewarasnya?

Walaupun hanya segelintir penduduk yang bersikap seperti ini, tetapi kesannya sangat tidak baik!
Seperti tadi, pemandu wanita yang memecut laju! Adus! Ada kecemasan sangat ker?

Sebagai pemandu, fikir-fikir keselamatan orang lain. Jangan fikir diri sendiri sahaja. Jika hendak laju, tengok jalan yang sesuai. Seperti contoh, ada yang sangat laju giler semasa di jalan jem tetapi bila di lebuh raya yang jalan lengang, tidak pula laju! Sop sering jumpa pemandu seperti ini :) Hanya hendak tunjuk hebat di jalan sesak! Iks iks iks Macam-macam ragam bukan?

Kembali kepada memandu laju di ruang parking, mungkin perlu dipasang bonggo juga nanti? Takkan sampai begitu sikap kita sehingga semua hendak dikawal! Masih belum wujud sikap kesedaran sivic dalam masyarakat kita?

Semoga pemandu negara kita berubah dan menjadi lebih matang. Jika tidak, jumlah kemalangan akan terus meningkat dan meningkat setiap masa :)

Terima kasih kerana membaca entry luahan rasa ini :)


EmoticonEmoticon