Rasa seperti hendak demam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini badan seperti kurang sedap yang mana tanda seperti hendak demam. Ia mungkin berpunca dari perubahan cuaca yang mana hujan dan panas tidak menentu. Lagi pun telah 3 hari terkena hujan. Hari isnin sebelah lagi, hari selasa tengah hari dan hari rabu pagi pula.

Biasanya bila hendak demam, Sop akan rasa sakit tekak, badan tidak selesa, penat dan kurang bermaya. Selepas itu, baru akan demam muncul yang lebih teruk. Pada peringkat awal sebegini, Sop akan mula makan ubat dengan harapan tidak akan demam. Kadang-kadang berjaya, ada juga tidak berjaya. Kalau hendak demam, makan ubat pun pasti akan demam.

Sekarang ini cuba berehat dan minum air suam lebih sikit.

Jaga kesihatan anda semua yer :)


Previous
Next Post »