Searching...
14 April 2012

Perbezaan ER6N 2008, 2009 dan 2012

Saturday, April 14, 2012
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu bersama keluarga yang tersayang.

Agak lama hendak bercerita tentang ER6N 2012 yang mana telah lama keluar tetapi tidak kesempatan untuk menjenguk! Sekali pandang, sangat menarik! Dua kali pandang, bertambah cantik! Jauh sungguh ketinggalan ER6N Sop yang model 2008. Jika dulu, apabila keluar model 2009 model 2008 seperti telah ketinggalan. Setiap pembaharuan yang dibuat oleh Kawasaki dengan ER6N menjadikan keluaran lama menjadi seperti ketinggalan. Tidak seperti Ducati yang mana setiap keluaran akan bertahan agak lama sehingga keluaran model baru. Pengguna tidak merasakan terkilan kerana setiap model akan keluar sama untuk masa panjang. Bagi Kawasaki ER6, perubahan terlalu cepat sehingga menjadikan keluaran lama sentiasa ketinggalan. Itu yang Sop rasa apabila terlalu cepat keluaran model terbaru!




Bagi keluaran Kawasaki ER6N 2012 banyak perubahan yang dibuat. Jika dilihat kepada perbezaan model 2008 dengan 2009 ia tidak begitu ketara. ER6N 2012 kelihatan lebih mantap dan kemas dengan ciri-ciri yang dipertingkat. Berikut adalah perbezaan yang boleh dilihat dengan jelas apabila dibuat perbandingan:

  • Badan utama telah dipertingkat dengan palang berkembar. Sangat kelihatan menarik apabila berada pada ER6N
  • Fairing dan lampu - kelihatan berbeza dan kedudukan lebih rendah berbanding model 2008 dan 2009
  • Signal depan berada di tepi fairing lampu. Model 2008 dan 2009 signal berada di fairing tepi
  • Bentuk tangki minyak - lebih rendah dan kelihatan mantap
  • Tempat duduk berkembar - Jika model 2008 dan 2009 disatukan tempat duduk penumpang dengan penunggang, model 2012 telah dipisahkan. Kemungkinan ramai yang inginkan ia dipisahkan untuk memudah menjadikan ER6N "single sit"
  • Lampu belakang - Sekali pandang seperti Z1000 model 2010 yang mana sangat menarik!
  • Meter - jika model 2008 digital ialah meter kelajuan tetapi model 2009 digital ditukar kepada meter RPM. Namun model 2012 ia telah kembali seperti asal. Kedudukan meter juga telah berbeza yang mana telah terletak di atas handle.
  • Eksos - Bentuk telah dipertingkat dan kelihatan lebih moden. Bunyi? Masih sama :)
Itu antara perbezaan yang ketara antara ER6N 2008, 2009 dan 2012. Apabila melihat mereka yang menunggang, kelihatan sangat mantap kerana bentuk yang lebih padat dan rendah. Namun kadang-kala kelihatan sedikit kecil berbanding model sebelumnya.

Apa kesannya perubahan bentuk yang terlalu cepat oleh Kawasaki ER6N ini?
Bagi Sop kesannya pemilik sedia ada yang akan merasakan ketinggalan. Apabila keluaran baru, model lama seperti tidak lagi menarik! Bila bersama model baru terasa ketinggalan! Jika murah-murah, boleh tukar-tukar selalu :) Siapa yang hendak beli pasti akan tunggu model baru yang akan keluar. Mungkin lagi hebat nanti?

Tidak seperti jenama lain yang akan memakan masa yang lama untuk keluaran model terbaru. Siapa yang beli 5 tahun lepas mungkin akan sama dengan mereka yang beli tahun ini. Cuma beza baru atau lama sahaja!

Kepada yang berminat dengan ER6N ini, teruskan niat anda kerana berbaloi menggunakannya sama adan untuk kegunaan harian atau juga Weekends Bike :) 


Anda baru saja membaca artikel bertajuk Perbezaan ER6N 2008, 2009 dan 2012 dalam kategori Automotif / ER6N / motorbike dari URL http://www.sop.name.my/2012/04/perbezaan-er6n-2008-2009-dan-2012.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.
  • comments powered by Disqus

    0 comments:

    Post a Comment