Pemeriksaan terakhir di klinik mengandung

Pemeriksaan kandungan
Rutin biasa pemeriksaan

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat sejahtera selalu :)

Ini adalah pemeriksaan terakhir di klinik oleh Mrs Sop kerana tarikh jangkaan telah pun lepas. Jika mengikut jangkaan doktor berdasarkan tarikh akhir haid, bayi akan dilahirkan pada 10 April 2012. Seperti biasa, jangkaan tarikh biasanya awal atau lewat 2 minggu dari kelahiran. Semua bergantung kepada kehendakNya yang menentukan segala-galanya.

Semalam semasa pemeriksaan, bayi semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Doktor memberi masa seminggu lagi untuk menanti kelahiran tetapi jika tidak juga lahir, Mrs Sop diminta ke hospital pada Isnin ini. Namun jika sebelum Isnin telah ada tanda seperti keluar darah, air ketumban atau bayi kurang aktif, Mrs Sop perlu ke hospital dengan segera.

Jika dulu-dulu, memang tidak kesah selagi tidak bersalin. Ada kes kandungan sehingga setahun baru lahir. Namun sekarang, banyak cara dan alatan yang boleh digunakan. Kelewatan bersalin boleh mengundang pelbagai risiko. Oleh itu, Sop sentiasa mengikut nasihat dan pandangan doktor. Jika perlu paksa, ikut sahaja. Namun harap-harap esok bila sudah ke hospital terus hendak bersalin. Sama seperti kes Azfar yang turut lewat seminggu dari tarikh jangkaan. Mungkin seronok berada dalam perut mama dia? Hehehe

Setakat hari ini, masih belum ada tanda-tanda akan bersalin. Sakit pun masih ditahap main-main yang mana sekali sekala sahaja sakitnya. Oleh kerana ini anak ke tiga, pengalaman dulu telah mengajar bagaimana rasa hendak bersalin :) Dalam masa yang sama, Sop selalu bertanya jika Mrs Sop sakit, "hendak bersalin dah?"

Surat dan buku laporan pemeriksaan
Surat rujuk dan buku laporan pemeriksaan

Oleh kerana esok perlu ke hospital menyerahkan diri, Mrs Sop mula risau :) Siapa tidak takut sakit bersalin angkat tangan? Kalau Sop memang tidak takut sebab tidak tahu bagaimana sakitnya semasa bersalin. Ibu-ibu yang telah melalui pengalaman bersalin pasti tahu :)

Doktor klinik telah memberi surat rujukan dan dokumen berkaitan juga pun telah disiapkan.
Semoga semua berjalan dengan baik dan Tuhan memudahkan segala urusan.
Mudah-mudahan yer :)
Previous
Next Post »