Nama rasmi baby - Auni Awatif

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga sihat selalu :)

Dengan rasminya, nama bayi Sop dinamakan dengan Auni Awatif setelah dicop mohor oleh JPN Wangsa Maju pada sijil kelahiran. Semua berjalan dengan lancar proses pendaftaran. Banyak perkara yang JPN mahu sekarang ini. Masa daftar Azfar dan Azwar dahulu tidak banyak sangat.

Sekarang apa yang perlu ialah kad pengenalan ibu bapa, sijil perkahwinan, buku rekod pemeriksaan semasa mengandung, rekod kelahiran dan borang. Semua perlu salinan. Masa dulu rasanya tidak perlu buku rekod pemeriksaan mengandung. Masa daftar keluar wad, jururawat telah beri penerangan tentang keperluan pendaftaran, jadi lebih mudah bersedia.

Proses pendaftaran pun sudah cepat apabila dokumen semua lengkap. Hanya tunggu mykid sahaja yang akan makan masa selama sebulan.

Bagi yang akan mendaftar kelahiran, pastikan dokumen disiapkan awal seperti sijil atau kad kahwin, buku periksa mengandung dan lain itu tiada masalah sangat sebab selalu ada bersama :)

Terima kasih kerana membaca entry ini :)






Previous
Next Post »