Nama model terbaru PROTON ialah ‘PREVE’


Teruja juga apabila melihat gambar Proton baru yang diberi nama ‘PREVE’ tersebut. Jika dilihat kepada penerangan awal, semua kedengaran hebat! Semoga Proton ‘PREVE’  ini akan hebat apabila dilancarkan seperti yang diterangkan.

Bukan hendak mengata tetapi setiap keluaran Proton pasti akan ada kekurangan. Paling ketara apabila ramai yang beli akan ubahsuai menjadi lebih "sporty" Hahahaha! Itu sikap pengguna kita yang tidak berpuas hati dengan setiap ciptaan Proton!

Dengan peraturan baru pembelian kereta oleh Bank Negara, adakah ramai yang boleh memiliki Proton ‘PREVE’?

Komen Sop: Harap boleh test drive nanti walaupun tidak bercadang untuk beli :)



Jom baca berita tentang Proton ‘PREVE’ tersebut:

PUTRAJAYA: PROTON Holdings Bhd memilih ‘PREVE’ sebagai nama model kereta terbarunya bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A bermaksud bukti atau sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global. "Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia."Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu selepas 27 tahun berada dalam industri automotif," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baru itu sejauh 156 kilometer.
Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

Beliau berkata, PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PROTON memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model sebelumnya lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baru global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit.

Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara dan untuk itu PROTON sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Asia Barat.

PROTON memberi perhatian terhadap ciri keselamatan termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori selain sistem pengendalian dalam membangunkan kereta global. - BERNAMA
Previous
Next Post »