Mrs Sop sudah sakit hendak bersalin

Selamat sejahtera dan selamat pagi.

Baru semalam ditulis tentang pemeriksaan terakhir di klinik dan hari ini perlu ke hospital untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut kerana telah lebih seminggu dari tarikh jangkaan. Pagi ini Mrs Sop telah maklum yang mula sakit sejak jam 5 pagi.

Pagi ini diteruskan dengan tenang. Sop siapkan anak-anak untuk ke sekolah dahulu dan menghantar mereka ke sekolah. Pada masa itu kelihatan Mrs Sop telah berpeluh-peluh menahan sakit. Sakit yang sama seperti hendak melahirkan Azwar dahulu. Ini sah hendak bersalin dan bukan cubaan :)

Selepas mengajar anak-anak ke sekolah, singgah sebentar ke rumah mertua (rumah ibubapa Mrs Sop) untuk mendapat restu. Bagi sesiapa yang hendak bersalin, pastikan mendapat restu dan mohon keampunan dari ibubapa. Mohon mereka doa agar dipermudahkan. Doa ibubapa adalah doa paling mudah untuk di makburkan. Ibubapa jangan lupa sentiasa doa kejayaan anak-anak yer :) jauh pula terpesong entry. Huhuhuhu

Selepas itu, kami terus ke hospital. Apabila hendak bersalin di waktu pagi hari bekerja, memang agak susah. Kerana apa? Mestilah kesesakkan jalan raya, mana boleh elak! Dalam perjalanan sentiasa berdoa agar perjalanan lancar dan selamat sampai ke hospital.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke hospital tanpa sebarang masalah. Selepas drop di depan hospital, Sop pun mencari parking yang memang susah untuk dapat. Last-last parking kat luar depan kuarters tepi jalan :)

Setelah daftar dan periksa, Mrs Sop telah 4 cm terbuka dan dibawa ke bilik bersalin. Sop pun telah bawa semua barang keperluan seperti baju, lampin, kain balut dan kelengkapan lain. Tiga barang yang disebutkan tadi akan diminta semasa masuk ke bilik bersalin. Wad pun telah dibooking dan kini hanya menanti kelahiran. Doakan semua selamat yer, amin.





Previous
Next Post »