MD Putu Bambu World

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah makan putu bambu?
Putu bambu biasa dijual-jual di pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan yang Sop anggap ia adalah makanan yang unik.
Sop anggap ia sebagai unik kerana pertamanya dari segi cara pembuatan dan keduanya tentang rasanya. Sedap bukan?
MD Putu Bambu World juga unik kepada Sop kerana cara mereka berniaga putu bambunya yang mana menggunakan van dan berada di tempat yang strategik.
Sop baru beberapa kali sahaja makan dan rasanya sangat sedap. Kalau satu bekas itu memang tidak cukup untuk seorang.
Jika anda jumpa lori MD Putu Bambu World, pastikan anda singgah untuk mendapatkan putu bambu.
Nota kaki: ini bukan sponsor entry :)

Bungkusan dalam plastik yg menarik
Sakit leher tengok? Heheheh
Gerai yang terletak di berhampiran Hospital Bersalin, HKL
Previous
Next Post »