09 April 2012

Kebas buntut sampai Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua rakan.

Ini bukan entry lucah dan abaikan perkataan buntut kalau ia mengganggu fikiran anda :)

Agak lama tidak bawa kapcai ke Putrajaya. Dulu masa kerja sementara di Putrajaya memang tiada masalah berulang alik selama 3 bulan dengan kapcai. Tak rasa apa pun masa itu, macam sekejab sahaja KL ke Putrajaya.

Kenapa tidak baik kereta?
Jika ditanya kenapa mesti ramai yang jawab untuk mengelak kesukaran mendapatkan parking dan kesesakan lalu lintas.

Sanggup kebas buntut lagi dari terpusing-pusing mencari parking dan kemudian terpaksa jalan jauh! Jem? Dah jadi kebiasaan :)

Apa-apapun, berhati-hati semasa memandu. Kenderaan kecil sangat berbahaya ketika di lebuh raya. Macam kecil saja kenderaan atas jalan. Kenderaan lain bukan sahaja besar tetapi laju pula tu!
Terima kasih kerana membaca entry bukan lucah ini. Hehehe


EmoticonEmoticon