27 April 2012

IKEA menarik balik Trek IKEA 365+ SÄNDA 70 dan 114

Perkongsian dari maklumat IKEA. Biasa dengar kereta sahaja yang menarik balik produk. Jaminan kualiti terbaik! Hebat! Kepada yang yang memiliki produk di bawah, bolehlah ikut maklumat berikut:

Trek IKEA 365+ SÄNDA 70 dan 114, kerana risiko terkena kejutan elektrik
contoh trek yang digunakan 

Lakaran trek 


IKEA meminta para pelanggan yang memiliki trek IKEA 365+ SÄNDA 70 dan/atau 114 dari pembekal 21338, bertarikh 1134 – 1208, agar berhenti menggunakan trek tersebut serta merta dan hubungi kaunter Penukaran & Pemulangan atau Perkhidmatan Pelanggan untuk menerima unit baru sebagai ganti atau pemulangan wang sepenuhnya.
Penting!
Untuk keselamatan anda padamkan sambungan kuasa serta merta dan dilarang menggunakan trek.

Penarikbalikkan ini  dilakukan  akibat dari sambungan bumi yang rosak yang boleh menyebabkan risiko kejutan elektrik jika terkena trek atau lampu yang disambungkan kepadanya.

IKEA belum menerima sebarang laporan tentang kejadikan yang melibatkan trek SÄNDA.

Trek yang terlibat dijual di antara bulan September 2011 dan Mac 2012. Hanya trek IKEA 365+ SÄNDA L70sm dan L114sm daripada pembekal 21338, bertarikh 1134 – 1208 terlibat dalam penarikbalikkan ini.

Pelanggan yang memiliki trek 365+ SÄNDA diminta menghubungi kaunter Penukaran & Pemulangan di no telefon 603-7726  7777 untuk menerima arahan tentang cara mendapatkan unit yang baru atau pemulangan wang sepenuhnya.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.


EmoticonEmoticon