Hadiah Nida selamat di pos

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih ingat dengan peraduan Cadangan Nama Bayi Sop?
Untuk pememang hadiah utama oleh Annur Fitrah masih tidak tuntut domain beliau kerana sedang mengkaji tentang domain. Sop tiada masalah dan bila-bila masa boleh daftar domain yang diperlukan :)

Bagi hadiah cabutan bertuah penyertaan pula, Sop baru kesempatan pos hadiah tersebut hari ini. Ini kerana selepas mendapat maklumat pemenang, Sop telah tercuti Mrs Sop bersalin. Hadiah tinggal di pejabat dan tidak kesempatan untuk mengambil serta pos.

Sop telah emel kepada Nida tentang kelewatan hadiah tersebut dan beliau faham dengan keadaan Sop. terima kasih kerana bertolak ansur :)

Untuk memohon maaf atas kelewatan, Sop sertakan juga key chain bersama hadiah cabutan bertuah. Harap Nida suka sebab Key Chain tu comel sangat (bagi Sop) masa beli di Hong Kong hari itu :)

Semoga hadiah tersebut boleh selamat tiba ke destinasi. Ini kerana Sop hanya pos biasa hadiah tersebut. Selama ini tiada masalah Sop guna pos biasa menghantar barang dan harap kali ini pun sama. Jika hadiah tidak diterima minggu depan, harap Nida dapat hubungi Sop kembali.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Hadiah blog Sop
Key chain HK yng comel tu! :)

Hadiah blog Sop
Baru nak packing

Hadiah blog Sop
Sedia untuk pos. Setem RM2 jer

Previous
Next Post »