20 April 2012

Dua-dua demam sekali gus

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa khabar hari ini?

Azfar dan Azwar tiba-tiba demam pula semalam. Pada sebelah pagi, semua baik sahaja dan boleh pergi ke sekolah. Namun pada sebelah petang, masing-masing mula demam. Mulanya Azwar dan seterusnya Azfar pada petang semalam. Bila sudah demam, semua terus lemah. Azfar mula muntah-muntah dan tiada selera makan. Azwar sedikit ok tetapi mengadu sakit kepala. Beliau yang sangat aktif tiba-tiba menjadi sangat lemah. Masa ini sahaja boleh melihat Azwar duduk dengan diam :)

Pagi ini Sop bawa ke klinik untuk mendapat ubat. Perlu periksa sama ada demam virus atau sebagainya. Jika demam virus, tiada masalah cuma takut demam lain yang mana kawasan rumah mertua ini banyak kes denggi. Harap dijauhkan, amin.

Hari ini sedikit mengantuk kerana perlu sentiasa menjaga suhu badan Azfar dan Azwar. Sentiasa letak lain basah di kepala, basahkan badan dan jam 3 pagi masukkan ubat buntut kerana demam masih panas.
Sedikit cabaran apabila menjaga Baby baru lahir dengan 2 anak demam, memang kena kuat. Ada masa terasa sangat letih, mengantuk dan sebagainya. Tapi itu adalah tanggungjawab yang yang perlu dihadapi. Oleh itu Papa dia kena kuat hendak jaga semua ini. Kalau Papa dia juga demam, macam mana bukan? Lagi susah!

Doakan agar Azfar dan Azwar cepat sembuh yer, amin.






EmoticonEmoticon