16 April 2012

Cek Exabytes 100 Blogger Ads Program diterima

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria selalu bersama keluarga dan rakan-rakan :)

Semalam Sop baru sahaja menerima cek dari Exabytes hasil dari penyertaan Exabytes 100 Blogger Ads Program yang mana perlu meletakkan banner di blog. Banner yang Sop pilih ialah 728x90(Below Blog Banner) = RM50 per 3 months contract.

Semasa menerima emel diterima penyertaan, dimaklumkan bahawa cek akan disedikan selepas sebulan. Namun tidak sangka pula belum lagi sebulan telah diterima cek tersebut. Malah, belum lagi tamat kontrak telah dibayar. Sungguh pantas dan cekap! Tidak seperti pengiklan yang tidak langsung membayar pendapatan blogger sehingga berjumlah beribu-ribu ringgit!

Sepanjang blogwalking, ramai juga yang telah menerima cek dan membuat entry masing-masing tentang cek tersebut.

Walaupun mungkin kelihatan harga yang ditawarkan rendah tetapi berbaloi menggunakannya. Ia telah dijamin dibayar kerana tidak perlu cukup tamat kontrak telah menerima bayaran. Lagi pula, ia tidak terikat kepada jumlah klik atau page view. Ini bermakna blogger akan menerima bayaran dalam apa juga.

Walaupun telah menerima cek bayaran, blogger harus jujur dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Ikut kontrak yang telah dipersetujui. Ia memberi gambaran tentang sikap dan nama baik blogger itu sendiri. Mana tahu nanti boleh ditawarkan perkhidmatan yang lebih baik?

Terima kasih kepada Exabytes atas cek bayaran tersebut :)


EmoticonEmoticon