Bagaimana hendak guna Technorati Claim token

technorati
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Technorati salah satu web directory yang menjadi tumpuan webmaster dan blogger untuk dimasukkan link ke senarainya. Banyak kelebihan dengan memasukkan link blog ke web Technorati dan tujuan utama Sop ialah untuk mendapat backlink dari Google.

Kembali kepada tajuk, yang mana apabila Sop memasukkan link untuk 'claim blog', semua berjalan lancar. Kemudian mendapat emel tentang "Technorati Claim in progress". Dalam emel tersebut dinyatakan tentang kod token seperti berikut:

This is an automatically-generated email.

Thank you for submitting your blog claim on Technorati. Technorati will need to verify that you are an author of the site http://gnesop.com by looking for a unique code. We have just assigned the claim token  2TEC6YCXFFYS to this claim. Please visit http://technorati.com/account/ for more details, including how to use the claim token.

Thank you.

Masalahnya bila ke profile, tiada pula ruang untuk memasukkan kod token  2TEC6YCXFFYS  yang diberi. Maklumat yang dikatakan seperti emel pula tidak ada maklumat lanjut! Bila buat carian melalui Google, baru tahu kena buat entry dan masukkan kod token dalam entry. Lepas itu, baru claim balik dengan melawat ruangan profil. Ingat macam Google Webmaster atau Yahoo Webmaster yang perlu masukkan kod token ke dalam template. Iks iks iks

Kepada rakan yang belum sertai Technorati.com, bolehlah sertai untuk menyeraikan blog anda ke laman tersebut.
Previous
Next Post »