Baby Auni sudah balik rumah

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Hari ini, Auni dengan rasminya balik ke rumah yang sebelum ini dari hospital terus ke rumah nenek nya (mertua Sop). Jadi, Auni tidak sempat lagi balik ke rumah. Ini adalah kali pertama Auni singgah :) Walaupun tidak tahu apa lagi tentang dunia di sekeliling lagi tetapi balik ke rumah sendiri bagaikan satu kepuasan kepada keluarga.

Sepanjang berada di rumah mertua, banyak yang telah beliau bantu dari segi pengurusan Mrs Sop dan juga anak-anak. Sop sangat hargai bantuan oleh mertua Sop tersebut. Mungkin itu tugas emak kepada anak tetapi tidak semua mertua mampu membantukan? Malah mertua bagi Sop dan anak tidur dalam bilik mereka kerana lebih selasa. Kesihan mertua yang kena tidur di luar pula.

Oleh kerana ini anak ketiga, rasanya pengalaman telah mengajar untuk menguruskan anak kecil. Jika anak pertama, mungkin perlu berada lama berpantang di rumah mertua kerana banyak yang perlu belajar. Sop masih ingat pada awal urus bayi, sangat kekok dan takut tetapi sekarang memang tiada masalah.

Dengan berada di rumah juga, urusan lebih mudah. Sebelum ini, Sop akan balik basuh baju, balik gosok baju, dan urusan-urusan lain di rumah. Agak penat kerana perlu lari ke sana dan ke sini.

Selamat balik ke rumah Baby Auni, semoga selesa berada di rumah :)




Previous
Next Post »