19 April 2012

Baby Auni sedikit kuning

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Baby Auni anak Sop yang ketiga telah dibenarkan balik dari hospital pada hari Selasa. Terima kasih kepada rakan yang mendoakan keselamatan kelahiran beliau dalam entry lepas. Selepas satu malam berada di hospital, doktor telah membenarkan Auni dan Mrs Sop balik. Proses berpantang akan berlangsung di rumah Mak mertua selama seminggu dan kemudian akan balik ke rumah minggu depan. Sop pun cuti seminggu, banyak yang boleh dibantu minggu ini.

Semalam telah daftar di Klinik ibu mengandung dan anak di Seri Rampai dan sebelah petang jururawat telah datang untuk periksa Mrs Sop dan anak. Auni di lihat ada sedikit kuning dan hari ini beliau akan datang periksa lagi. Jika kuning bertambah, contoh darah mungkin akan diambil untuk di uji.

Semalam telah diberi sedikit susu kambing yang dikatakan baik untuk menghilangkan kuning. Baju-baju kuning juga dielakkan semalam, bukan sahaja baju Baby tetapi semua baju yang ada dalam rumah berdekatan dengan Baby :)

Baby Auni setakat ini tiada masalah. Hanya suka bergantung dengan ibunya sahaja. Mungkin susu ibu masih kurang menyebabkan beliau kurang kenyang. Bila diambil sekejab, mula menangis. Tapi malam tadi tidur dengan nyenyak sebelah Sop selepas diberi susu secukupnya. Untuk memastikan susu lebih lancar, ia telah dituam dengan air suam. Proses mengepam tidak berjaya lagi kerana susu masih kurang.

Bagi yang ada Baby kecil mesti tahu kepenatan menjaga nya ketika ini. Namun apabila melihat muka Baby, semua akan hilang.

Azfar dan Azfar memang seronok dengan Baby Auni walaupun hanya untuk tengok-tengok sahaja. Pagi tadi Azwar guna alasan tidak mahu ke sekolah kerana hendak menjaga Baby Auni, boleh gitu? Jenuh memujuk agar untuk Azwar ke sekolah. Alasan macam-macam Sop bagi antaranya perlu ke sekolah untuk pandai dan nanti boleh ajar Baby Auni :)

Sudah 5 tahun tidak menjaga bayi, banyak benda yang telah kekok. Tetapi pengalaman yang menjadikan semua proses lebih mudah. Jika dulu semasa mula-mula menimang cahaya mata, memang sukar :)

Kepada yang akan mendapat Baby buat kali pertama, pastikan anda bersedia fizikal dan mental :)

Terima kasih kerana membaca entry ini









EmoticonEmoticon