17 April 2012

Azwar bakal menjadi sportman?


Selamat sejahtera kepada semua rakan dan diharap ceria selalu :)

Sportman merujuk kepada seseorang yang suka dengan sukan. Apa yang menarik perhatian Sop ialah Azwar sangat suka memakai seluar trek. Setiap kali hendak keluar, pasti dia akan memilih untuk memakai seluar trek. Berbeza dengan abangnya Azfar yang sentiasa memilih untuk memakai seluar jeans.

Mungkin beliau selesa dengan seluar trek kerana Azwar seorang yang sangat aktif dan lasak. Dengan memakai seluar trek, beliau boleh menjadi lebih aktif. Siapa yang kenal dengan anak-anak Sop pasti tahu keaktifan mereka. Anak lelaki, pasti begitu bukan? Mungkin berbeza dengan anak perempuang yang lebih bersifat sopan dan cermat :)

Semasa membuat pemeriksaan Mrs Sop untuk anak ke 3, memang doktor akui anak-anak sekarang memang lebih aktif. Ini kerana sejak dari kandungan, ibu dibekalkan dengan supplement untuk membantu perkembangan otak anak sejak dari kandungan. Malah selepas lahir, susu kebanyakkan mempunyai bahan DHA yang membantu perkembangan otak. Kesannya bukan sahaja anak-anak cerdik, pandai dan bijak tetapi aktif juga. Oleh itu apabila berada di sekolah tadika atau pra sekolah, kanak-kanak aktif adalah perkara biasa. Memang semua kanak-kanak aktif dan jika kurang aktif, ia perlu dirisaukan. Kanak-kanak aktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif yang mana kanak-kanak hyperaktif akan mengalami masalah fokus kepada sesuatu. Ia biasanya tidak boleh dikawal dan fokus kepada apa yang diajar. Itu pun harus dirisaukan juga :)

Kembali kepada minat Azwar yang suka dengan sukan, Sop rasa baik menyokong minat anak-anak. Sekarang ini, sukan juga mampu menjadi pekerjaan yang bagus. Jika di negara barat, ahli-ahli sukan telah lama menjadi jutawan. Di Malaysia telah kelihatan sedikit sebanyak ahli sukan yang telah berjaya. Cuma ketika kecil ini, jika aktif agak penat hendak menjaga dari segi keselamatan dan perhatian.

Apa hendak diherankan, semasa kecil dulu dimaklumkan Sop dan Mrs Sop juga aktif dan tidak duduk diam! Mana tidak tumpah kuah jika bukan di nasi bukan? Hehehe

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon