15 April 2012

ADVERTLETS SCAMMER | ADVERTLETS PENIPU!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Print screen dalam entry sebelum ini
Tajuk yang diambil dari blog rakan iaitu Jos Revalution yang telah berputih mata apabila cash out dari pengiklanan Adverlets tidak kesampaian. Sop sejak tahun lepas telah membuat cash out apabila cukup angka RM100 tetapi sehingga sekarang tidak mendapat bayaran. (Entry tentang menanti cek Adverlets) Bila dihantar tiket bantuan, memang tidak berbalas! Masa itu, memang terus tidak pasang iklan Adverlets ini. Ketika itu, ada kes yang tidak dibayar memang ramai dan ramai blogger membuat entry tentang SCAM oleh Adverlets ini. Namun dalam masa yang sama, ada juga blogger yang berjaya mendapat cek. Ini bermakna ada yang berjaya dibayar dan ada juga sebaliknya!

Ketika itu dan sekarang masih ramai yang memasang iklan Adverlets ini kerana mungkin menerima bayaran atau sekadar mencuba. Atau hanya yang sekutu dengan mereka sahaja yang mendapat bayaran?

Malam ini terpandang rakan blog Jos Revalution yang membuat entry tentang kekecewaan beliau! Sejumlah RM900 yang di cash out tidak dibayar! Jumlah yang banyak dan bukan sekejab untuk mengumpul sejumlah tersebut. Bila beliau mengeluarkan entry mengenai ADVERTLETS SCAMMER | ADVERTLETS PENIPU!, baru beliau dihubungi oleh pihak Adverlets tentang akan proses bayaran! Apabila melihat komen di entry tersebut, memang ramai yang tidak menerima bayaran dari Adverlets!

Kepada rakan-rakan yang masih memasang iklan Adverlets itu, fikir-fikirkanlah. Amat mengecewakan apabila hasil perkhidmatan menyediakan banner dan ruang iklan sekian lama akhirnya "habuk pun tarak!" Hehehehe

Komen Sop: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali :)



EmoticonEmoticon