Update Hadiah Peraduan: Cadangan nama bayi Sop

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Peraduan: Cadangan nama bayi Sop masih diteruskan. Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi cadangan nama yang semua indah dan baik. Sila rujuk entry ini untuk melihat senarai mereka yang sertai. Sop mula risau takut tidak boleh memilih nama yang disukai kerana semua Sop suka. hehehe Nasib baik tugas tersebut telah diberikan kepada Mrs Sop. Biar beliau buat keputusan masa yang hendak guna :)

Oleh kerana semua cadangan yang baik, alangkah baik jika boleh diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan. Malangnya tiada :) Namun Sop boleh sediakan satu lagi hadiah iaitu mug air yang ditaja oleh http://www.upkkl.com. Untuk memastikan semua berpeluang mendapat hadiah ini, ia akan menjadi hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang menyertai Peraduan: Cadangan nama bayi Sop ini. Sop akan menggunakan random.org untuk memilih 1 penyertaan bertuah selepas peraduan di tutup.

Dengan itu, kini Peraduan: Cadangan nama bayi Sop menyediakan 2 hadiah iaitu pertamanya hadiah domain (.com, .net, .org atau .info) atau menukar kepada wang tunai RM35 (nilai domain) kepada pencadang nama yang dipilih. Yang kedua ialah mug air yang ditaja oleh http://www.upkkl.com


Kepada rakan-rakan yang hendak membuat cadangan, sila rujuk entry Peraduan: Cadangan nama bayi Sop.

Terima kasih kerana membaca entry ini
Previous
Next Post »