01 March 2012

U Mobile tiada internet di Kuala Terengganu

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Semalam Sop dan keluarga balik ke kampung Sop di Kuala Terengganu kerana bapa saudara Sop meninggal dunia. Berita kematiam arwah diketahui malam kelmarin selepas balik kerja. Semoga arwah sentisa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Sepanjang 2 hari berada kampung, Sop tidak boleh membuat update entry kerana tiada talian internet. Perkhidmatan U Mobile hanya untuk 2g sahaja. Ini bermakna hanya talian telefon yang boleh digunakan.

Sekarang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Singgah sebentar di rumah Abang Sop di Kemaman, Terengganu. Ada WiFi di rumah Abang Sop, boleh ambil peluang update entry.

Terima kasih kerana baca entry ini.



EmoticonEmoticon