05 March 2012

Tak Nak: Suatu permulaan

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Semoga sentiasa berada keadaan sihat sejahtera.

Tak Nak! Pasti semua telah sinonim dengan iklan ini.
Adakah ia memberi kesan? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Kembali kepada tajuk entry yang mana ia akan berkisah dengan cubaan Sop untuk berhenti merokok. Ia, betul! Sop akan cuba berhenti merokok! Agak lama Sop tidak mencuba untuk berhenti merokok. Kali terakhir cubaan berhenti hanya berjaya setakat 3 batang sehari. Selepas itu kembali bertambah dan bertambah.

Sekarang ini, keadaan merokok Sop semakin teruk! Pantang ada kelapangan, pasti merokok! Ada peluang, merokok! Tiada kerja, mulakan kerja dan sebagainya pasti ada dengan merokok! Tiba masanya untuk Sop mencuba kembali untuk berhenti dan menjalankan kehidupan yang lebih sihat.

Sop percaya ramai yang akan gembira jika Sop berhenti merokok kecuali tokei rokok! Hehehe

Bagi perokok tegar, berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah. Untuk melawan ketagihan merokok memerlukan motivasi yang cukup tinggi. Tidak semua mempunyai motivasi yang kuat untuk terus menahan godaan ketagihan tersebut.

Biasanya perokok tegar akan berhenti merokok apabila terpaksa sahaja. Contohnya terdapat penyakit berbahaya seperti jantung! Itupun masih ada yang terus dengan merokok! Bayangkan bertapa hebatnya kuasa ketagihan merokok tersebut.

Ikuti pengalaman dan perjalanan Sop untuk berhenti merokok. Adakah Sop berjaya atau sebaliknya? Sop sendiri tidak pasti kerana sejak merokok, Sop belum pernah lagi berjaya berhenti! Beberapa cubaan adalah gagal! Adakah kali ini juga akan gagal?

Perkongsian cubaan berhenti merokok ini akan melibatkan laporan, tindakan, tindak balas, perasaan, sokongan dan sebagainya. Mohon rakan-rakan untuk support dan doakan kejayaan Sop. Siapa yang hendak join sama untuk berhenti, dipersilakan :)

*Alamak! Rasa hendak merokok!!! :)


EmoticonEmoticon