09 March 2012

Tak Nak: Rumusan hari keempat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Update ringkas program Tak Nak untuk hari ini. Jumlah rokok yang diisap hari ini ialah 6 batang. Jumlah yang lebih dari semalam. Adus, tidak berjaya pula hendak kekalkan prestasi semalam.

Punca utama keinginan lebih untuk merokok ialah apabila terdapat ruang kosong dimasa tersebut. Contohnya ketika berborak-borak masa rehat tengah hari, keinginan akan bertambah apabila berada bersama rakan yang merokok.

Agak sukar juga apabila terdapat rakan yang mempelawa rokok. Masih belum mampu menyatakan "saya telah berhenti". Apabila dipelawa, dengan senang akan terus ikut merokok. Ini bermakna hati masih betul-betul kebal untuk menahan nafsu merokok. :)

Tadi berjaya menahan keinginan merokok selepas makan. Pencapaian yang baik! Bagi perokok, sedutan selepas makan adalah satu kenikmatan dalam merokok. Semoga dengan perlahan-lahan, ketagihan dapat dikurangkan dalam masa terdekat.

Mrs Sop pun terkejut tadi apabila selepas makan Sop tidak merokok. Sop maklumkan hendak berhenti dan beliau seperti tidak percaya. Malah bertanya kenapa tiba-tiba Sop berhenti merokok. Sop sendiri tidak pasti kenapa kerana secara tiba-tiba rasa hendak berhenti dan cuba realisasikan dengan menulis niat pada blog. Sila rujuk entry di sini. Untuk memberi jawapan kepada pertanyaan Mrs Sop, Sop jawab sebab nak kumpul duit untuk beli Galaxy Note, boleh? Hehehehe


EmoticonEmoticon