Tak Nak: Rumusan hari kedua

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Semoga sentiasa dalam sihat hendaknya.

Ini adalah entry rumusan terhadap program Tak Nak untuk hari kedua. Apa itu program Takte Nak? Sila rujuk entry ini.

Pencapaian hari ini kurang baik berbanding semalam. Pada awalnya Sop berjaya menahan dari merokok untuk sebelah pagi dan mula merokok sebatang selepas minum pagi. Kemudian Sop mengikut rakan merokok semasa mendengar ceramah ilmu. Seterusnya selepas minum setelah tamatnya ceramah sesi pagi. Singgah ke kedai untuk merokok lagi. Rokok seterusnya semasa masa rehat makan tengah hari.

Pada sebelah petang, Sop lagi mendapat pelawaan rakan pejabat untuk "take five". Sebelum balik, sekali lagi rakan lain mengajak "take five" lagi! Semua pelawaan rakan terpaksa Sop ikut tanda persahabatan. Jika tidak, mungkin mereka ingat Sop sombong pula. Dalam masa yang sama, Sop menyatakan yang sekarang Sop proses berhenti merokok. Oleh sebab itu, Sop tidak lagi membeli rokok untuk 2 hari ini. Jika rakan ajak merokok, Sop akan menge"pow" rokok mereka. Semoga dengan selalu menge"pow" selalu, mereka tidak lagi mengajak Sop untuk merokok! Hahaha

Hari ini, agak banyak rokok yang dihisap. KPI yang dibuat semalam tidak berjaya. Oleh itu, penepatan sasaran untuk esok ialah 6 batang. Semoga boleh tercapai sasaran tersebut :)
Previous
Next Post »