18 March 2012

Peraduan: Cadangan nama bayi Sop

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga sihat sejahtera dan ceria selalu.

Tarikh jangkaan lahirnya anak ketiga Sop semakin hampir. Kami bukan sahaja teruja tetapi berdebar-debar menanti ketibaan ahli baru keluarga Sop. Doakan agar semua berjalan lancar dan mendapat seorang bayi yang sihat, comel dan bakal menjadi anak yang solehah.

Dikala menanti ketibaan hari gembira tersebut, kebanyakkan persiapan awal telah yang berkaitan dengan kelahiran telah dibuat seperti barang kelengkapan bayi, beg untuk bersalin, borang jaminan hospital dan sebagainya. Namun begitu, nama cadangan untuk bayi yang bakal lahir belum lagi difikir-fikirkan. Mrs Sop sudah beberapa kali bertanya tentang nama cadangan tetapi Sop masih lagi 'blur' untuk senarai pendek. Hasil dari scan dan pengamatan doktor, kemungkinan besar anak ke 3 Sop ini adalah perempuan.

Sehubungan itu, Sop ingin mendapatkan nama cadangan rakan-rakan. Mungkin rakan-rakan mempunyai cadangan yang baik dan boleh Sop gunakan cadangan tersebut untuk diberikan nama kepada bayi Sop nanti. Untuk menghargai cadangan dari rakan-rakan, Sop sediakan hadiah kepada cadangan nama yang terbaik.

Hadiah yang ditawarkan ialah domain percuma untuk blog anda (.com, net, .info, .biz atau .org - 1 tahun) atau RM35 tunai.

Update: Hadiah peserta bertuah

Mug air untuk cabutan bertuah

Syarat mudah penyertaan:
  • Buat entry bertajuk "Cadangan nama bayi Sop"
  • Namakan 1 nama Islam (perempuan) beserta maksudnya
  • Masukkan banner peraduan menggunakan kod di bawah:
  • Tinggalkan URL entry penyertaan anda di ruangan komen
  • Pemenang dipilih berdasarkan nama dan maksud nama yang baik/indah/menarik (dipilih juri).
  • Tarikh tutup penyertaan ialah 1 April 2012
Semoga cadangan nama bayi oleh rakan-rakan dapat menjadi nama pilihan terbaik keluarga Sop nanti :)