03 March 2012

Pengalaman guna Windows 8 - Bhgn 1

Salam 1Malaysia semua rakan.
Sudah mencuba Windows 8?

Sop sangat teruja untuk menggunakan Windows 8 setelah mendapat tahu yang ianya telah diterbitkan. Jika dilihat pada perkembangan Windows, tiadak banyak perbezaan dari versi awal dan seterusnya. Biasanya lebih kepada naiktaraf dan konsep tidak lari dari perkembangan awal seperti konsep desktop, start menu, window box dan sebagainya. Pada pendapat Sop, perkembangan Windows 8 sinonim juga dengan konsep sebelum ini. Adakah andaian Sop betul?

Semalam Sop telah selesai memuat turun Windows 8 setelah sebelum ini gagal seperti entry tentang download Windows 8 dalam blog ini. Selesai sahaja download, Sop terus membakarnya (burn) ke DVD :)

Malam tadi, proses memasang ke laptop terus dibuat. Tanpa rasa ragu atau risau, pemasangan Windows 8 dilakukan secara format baru. Walaupun Windows 8 boleh dipasang melalui proses naiktaraf sahaja (upgrade) tetapi Sop yakin dengan Windows 8 ini.

Proses pemasangan lebih kurang sama dengan Windows 7 tetapi lebih cepat. Hanya setengah jam, proses pemasangan selesai dengan setup-setup yang berkaitan. Pemasangan berlangsung tanpa sebarang masalah.

Apabila semua pemasangan Windows 8 selesai, sekali lagi Sop teruja dengan perubahan Windows 8. Banyak perbezaan dari Windows versi sebelum ini. Konsep, paparan, fungsi dan lain-lain banyak berbeza.

Ikuti pengalaman Windows 8 dalam entry bahagian 2 untuk pertama kalinya Sop menggunakannya.








Ingin lihat paparan setelah log on? Ikuti dalam bahagian 2 :)


EmoticonEmoticon