08 March 2012

Pengalaman guna Samsung Galaxy Y

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Semoga hari ini lebih ceria berbanding semalam.

Samsung Galaxy Y adalah model asas Android yang dikeluarkan oleh Samsung. Model asal dikeluarkan untuk menarik pengguna yang baru hendak berjinak dengan Android dan juga menyediakan smartphone dengan harga lebih murah. Harga pengenalan bagi Samsung Galaxy Y ialah RM499 sahaja.

Samsung Galaxy Y atau juga dikenali dengan Samsung Galaxy Young sesuai untuk kegunaan pelajar dan mereka yang bekerja. Namun bagi mereka yang profesional, ia kurang sesuai kerana kemampuan Samsung Galaxy Y ini. Spesikasi Samsung Galaxy Y sedikit rendah dan sesuai dengan konsep "young" yang digunakan.

Semenjak Sop menggunakan Samsung Galaxy Y, tiada sebarang masalah dari segi kelancaran, prestasi, pemasangan dan sebagainya. Malah Sop mampu membuat tearing internet dengan baik menggunakan Samsung Galaxy Y untuk disambungkan menggunakan WiFi komputer.

Sop suka dengan saiz Samsung Galaxy Y yang kecil dan comel. Sangat selesa untuk dipegang, dibawa dan simpan. Teringat zaman awal handphone yang mana masing-masing mengejar saiz yang kecil. Namun kini terbalik pula apabila masing-masing mencari hanphone yang besar pula.

Namun begitu, perkara berikut masih perlu diambil perhatian:

Bateri - Tidak dapat bertahan lama jika menggunakan dengan kerap. Sop hanya menggunakan untuk FB, kesannya tidak sampai setengah hari bateri telah habis. Belum lagi menggunakan apps yang berat seperti game, pelayar internet atau sebagainya.

Screen kecil - Screen agak terhad menjadikan ruang untuk melihat aplikasi terlalu kecil. Paling bermasalah apabila menaip mesej, komen FB dan lain-lain kerana apabila keyboard keluar, ia memakan separuh ruang screen. Kadang-kala Sop tidak pasti apa yang ditulis kerana terlinding

Resolusi paparan - Agak rendah tahap paparan grafik namun tidak memberi sebarang masalah kepada pengguna

Processor rendah - walaupun processor rendah tetapi masih lagi lancar kerana ia sesuai dengan komponen lain. Cuma apabila digunakan terlalu lama, telefon mula rasa panas. Ini bermakna processor sedang bekerja keras running palikasi. 

Kepada yang ingin mencari smartphone dengan harga murah, Samsung Galaxy Y adalah jawapanya.

Terima kasih kerana membaca entry ini


EmoticonEmoticon