26 March 2012

Musim denggi - Hati-hati

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dalam entry sebelum ini ada menyatakan tentang bapa mertua Sop telah demam denggi. Setelah pemeriksaan hari kedua, didapati platelet darah semakin menurun. Bapa mertua terpaksa ditahan di wap pada hari Sabtu.
Ketika ini ramai yang berada di wap kerana demam denggi. Sehingga semalam, tahap demam masih tinggi dan perlu pengawasan. Namun begitu, keadaan adalah stabil dan tiada kes serius.

Peringatan kepada semua, jaga keadaan sekeliling. Sekiranya ada kes denggi di kawasan sekitar, langkah berjaga-jaga lebih perlu ditingkatkan.

Langkah mengatasi masalah nyamuk semua telah tahu bukan? Bergantung kepada kita sendiri sama ada ingin buat atau tidak. Sedikit sahaja usaha membasmi mampu mendapat hasil yang besar.

Pesanan khas ini di bawah oleh blog Riwayat Hariku untuk kesihatan bersama.


EmoticonEmoticon