Menonton filem John Carter

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem John Carter?
Jika belum, anda boleh menonton filem ini kerana pada pendapat Sop ia cerita yang menarik untuk ditonton.

Pada mula cerita pasti kita tidak sila kerana situasi cerita pada zaman tahun 1800am. Agak klasik dan kurang menarik tetapi berubah apabila John Carter sampai ke planet Maruah.

Perjalanan cerita menjadi menarik dan pengalaman dunia lain mula dirasai. Aksi yang dipaparkan juga hebat.

Ia mengisahkan John Carter yang tidak sengaja telah sampai ke Marikh secara tidak sengaja melalui medal magik. Dari situ perjalanannya bermula. Pada asalnya beliau cuba untuk mendapatkan medal untuk kembali semula ke bumi tetapi apabila tersangkut dendam krisis Puteri Marikh yang tidak mahu berkahwin dengan putera kumpulan lain.

Jika ingin lihat bagaimana perkembangan John Carter dari seorang banduan puak Thark kepada hero dan pemimpin, sila ke panggung yang berhampiran. Kelebihan beliau boleh melompat tinggi menjadi kelebihan kerana perbezaan graviti.

Terima kasih kerana membaca entry ini.



Previous
Next Post »