18 March 2012

Membina blog Gambar Untuk Mewarna

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Moga sihat sejahtera selalu.

Minggu ini, Sop agak sibuk dengan membangunkan blog Gambar Untuk Mewarna yang mana menyediakan himpunan gambar-gambar untuk mewarna.

Sop cuba mengumpul seberapa banyak gambar mewarna untuk dimasukkan ke dalam blog tersebut. Agak lama hendak membangunkan blog tersebut tetapi kekangan masa menjadikan ia tergendala. Setakat ini, proses memasukkan gambar sendang dijalankan. Proses penambahan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Walaupun blog Riwayat Hariku ada disediakan gambar untuk mewarna tetapi adalah lebih baik jika dibuat khas satu blog untuk gambar-gambar tersebut.

Lagipun, blog tersebut boleh difokus kepada pengiklanan Google Adsense. Sejak blog Riwayat Hariku telah dihalang paparan iklan Google Adsense, jumlah pendapatan dari Google Adsense akan perlahan hasil dari blog lain.

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar untuk mewarna, sila lawat blog Gambar Untuk Mewarna. Pelbagai jenis gambar mewarna akan dikongsi.

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon