24 March 2012

Kuku Azfar rosak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Penjagaan kuku sangat penting kerana ia sebahagian dari kesihatan fizikal kita.

Sop tidak pasti kenapa kuku Azfar rosak. Sejak tahun lepas, kuku jari telunjuk beliau menjadi rata. Berbeza dengan kuku lain yang berbentuk melengkung.

Kemungkinan besar kerana dulu beliau suka menggigit kuku. Jika dilihat pada internet, kesan dari menggigit kuku lebih kurang kesannya dengan kuku Azfar.

Sebelum ini dibiar sahaja kerana beranggapan dengan apabila keluar kuku baru, ia akan elok kembali. Tanggapan Sop silap kerana ia tidak terjadi. Ia masih kekal dengan mengikut keadaan asal.
Oleh itu, kuku Azfar masih rosak. Sekarang ini sedang mencuba membuat terapi sendiri yang mana Sop akan cuba mengurut jari dan kuku untuk mengembalikan bentuk yang normal. Harap terapi ini akan berkesan.
Ada sebarang petua kecantikan kuku hendak dikongsi?



EmoticonEmoticon